ads

Ahad, 16 Disember 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


masjid terapung <b>di</b> malaysia - nota hati seorang lelaki

Posted: 12 Dec 2012 03:00 AM PST


:: Masjid Al Hussain,Kuala Perlis - Perlis ::

| Masjid Al-Hussain dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis. Ia merupakan hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu. Masjid itu mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.|

| Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu diilhamkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh jutawan Ariffin. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.|

| Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Tetamu juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid. Seperti kebanyakan masjid lain, ciri luaran utama Masjid Al-Hussain ialah kubahnya. Ia berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis. Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun. |

| Masjid terapung tersebut memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Seni bina tersebut adalah simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Lampu tersebut menandakan masuk waktu solat. Ia bagi kemudahan nelayan atau mereka yang sedang berada di tengah laut. Lampu biru menandakan waktu solat Subuh dan Maghrib manakala hijau adalah Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10 kilometer. |

:: Masjid Terapung Jalan Tanjung Bunga - Pulau Pinang ::

| Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007. Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda. Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang oleh sesiapa sahaja. |

| Pembinaan masjid berharga RM15 juta dengan keluasan 1,295 meter persegi itu bertepatan dengan keperluan apabila penduduk kawasan itu semakin bertambah dengan wujudnya penempatan baru mangsa tsunami yang terletak bersebelahan masjid tersebut. Masjid ini turut menyerlah dengan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina tempatan dan Asia Barat terutama Turki. |

| Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan. Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia. |

| Mozek dan seramik yang berwarna-warni terdapat di bahagian luar dan dalam masjid untuk memberi pencahayaan dan hasil yang lebih menarik apabila dipandang selain memasang siling putih di bahagian kubah. Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid tersebut, reka bentuk tembok pagar bercorak bunga matahari dipasang di sekeliling dan kawasan pintu hadapan masjid tersebut. |


:: Masjid An-Nur UTP, Tronoh - Perak ::
| Masjid ini terletak di dalam kawasan kampus universiti di tepi tasik buatan,  Ruang solat berhawa dingin. Akses ke ruang solat utama menggunakan pintu automatik yang ditrigger dengan sentuhan. |


:: Masjid As-Salam Puchong Perdana - Selangor ::

| Masjid As-Salam Puchong Perdana merupakan salah satu mercu tanda utama di Kawasan Puchong. Dikenali juga sebagai "Masjid Terapung", ianya terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain Taman Perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan, Taman Puchong Permai dan Taman Puchong Prima dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).|

| Kedudukan masjid ini dari persimpangan masuk LDP ke Taman Puchong Perdana hanya lebih kurang 300 meter sahaja. Pembinaan Masjid As-Salam Puchong Perdana bermula pada 20 March 2004 dan mula siap digunakan pada 5 Januari 2006. Majlis Pembukaan masjid telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Agama Islam Negeri dan Daerah Petaling serta pemimpin masyarakat di sekitar Puchong. Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan Masjid As-Salam ini pada 8 December 2006.|



| Rekabentuk senibina Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah amat menarik dan menjadi mercutanda kepada taman-taman perumahan dan kawasan sekitar. Pembinaan masjid ini di atas tasik, menjadikan ia satu-satunya masjid terapung di Negeri Selangor pada masa ini. Bangunan masjid ini mempunyai 2 1/2 tingkat di mana 1 1/2 tingkat merupakan ruang solat. Ruang solat masjid boleh menampung lebih kurang 5000 orang jemaah.|
:: Masjid Darul Quran,Kuala Kubu Baru - Selangor ::
| Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut. |

| Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama "Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat". |

| Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri. |

| Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor. Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor. |



:: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin -  Putrajaya ::

| Masjid ini juga digelar Masjid Besi. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara. Direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China. |

| Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan. |
:: Masjid Putra - Putrajaya ::

| Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya. |
:: Masjid Selat Melaka, Bandar Hilir - Melaka ::

| Masjid Selat Melaka menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta.Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa. |

| Masjid Selat Melaka mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.|

| Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwi fungsi sebagai Rumah Api.|





:: Masjid Kristal, Pulau Wan Man -  Kuala Terengganu ::


| Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidinbersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang. |
| Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.|
:: Masjid Tengku Tengah Zaharah- Kuala Terengganu ::


 |Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan TerengganuSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina.|

| Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, masjid ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang. |
:: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu - Sabah ::
| Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mendapat namanya sesuai dengan kedudukanya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun peranan Masjid Negeri di Sembulan tetap sebagai masjid utama di Negeri Sabah. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di kawasan yang indah di persisiran pantai yang indah dengan lanskap persekitaran menunjukkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan pandangan laut yang berhadapan dengan pulau-pulau yang indah.|

| Lokasi masjid ini berada di tengah-tengah kawasan para jemaah dari kawasan perkampungan Likas, kompleks bangunan-bangunan pejabat komersil Likas, Yayasan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain. 

Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi Al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan. |

|Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7. 
Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja menanam cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1992 dan siap pada 23 Mac 1993.|


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved