Rabu, 18 Julai 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Wawasan Kita: PSR - Program 3R <b>di</b> Felda Kerteh 5

Posted: 18 Jul 2012 02:09 AM PDT

Satu perbincangan telah dibuat dengan Ketua Peneroka Felda Kerteh 5 Encik Rashid Muhamad di depan kediaman beliau di felda tersebut. Ianya bertujuan bagi merangka satu program Remaja Raikan Ramadhan (3R) yang bakal diadakan di Masjid Felda Kerteh 5 pada 3-4 Ogos 2012.


Program 3R ini ditumpukan kepada para remaja berusia 15 hingga 19 tahun yang bersekolah di dua buah sekolah menengah di sini iaitu SMK Ketengah Jaya dan SMK Semarak B5.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang: 10,00 Sertai Askar <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 09:00 PM PDT

MARAN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mempunyai 10,000 anggota Askar Wataniah yang terdiri daripada generasi baru Felda membabitkan 10 kompeni di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Panglima 4 Divisyen Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki berkata, sasaran itu dapat dicapai berikutan komitmen Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menarik anak-anak peneroka menyertainya sejak Februari tahun ini.

Katanya, setakat ini, ATM telah berjaya melengkapkan tujuh daripada 10 kompeni Askar Wataniah Felda di seluruh negara yang membabitkan tujuh wilayah Felda.

"Pelancaran peringkat kebangsaan telah dilakukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada 12 Februari, diikuti di Felda Nitar 1, Mersing (26 Februari), Felda Ketengah Jaya, Dungun (31 Mac) dan Felda Sahabat, Lahat Datu (28 April).

"Lokasi lain adalah di Felda Besout 1, Sungkai, Perak (9 Jun), Felda Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan (30 Jun) dan Felda Dahlia Jengka 3, Maran pada hari ini," katanya.

Suhaimi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Negeri Pahang di Felda Dahlia Jengka 3 Maran, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin, Timbalan Pengerusi GWGF, Datuk Abdullah Abu Bakar dan Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din.

Menurut beliau, pelancaran akan diteruskan secara berperingkat-peringkat di tiga wilayah Felda iaitu di Felda Raja Alias 2, Jempol Negeri Sembilan pada 22 September, Wilayah Felda Kedah (Oktober) dan Wilayah Felda Melaka yang dijadualkan pada November ini.

Tegasnya, gagasan penubuhan kompeni Askar Wataniah wilayah Felda adalah selari dengan sasaran ATM untuk mempunyai keanggotaan Askar Wataniah sehingga berjumlah 200,000 orang menjelang tahun 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads