Rabu, 1 Februari 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Air Force Squash: Liga Skuasy 02/11 <b>di Gong Kedak</b> - 29 Nov <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2011 08:19 PM PST

Pangkalan Udara Gong Kedak menjadi tempat pilihan Air Force Squash untuk liga yang terakhir dalam kalender 2011.  Terima kasih kepada Gong Kedak terutama Lt Kol Pidrus TUDM yang banyak support liga kali ini.  Terima kasih juga kepada main player/organizer Kapt Hamdan TUDM yang memamg back bone kepada liga kali ini (kalau hang tak ada, memamg tak jadi la... hehehe).  Tahniah kepada pemenang iaitu:
Johan.  725184 LUK Norhaslysham bin Azim - Pangkalan Udara Gong Kedak.
Naib Johan.  718408 PW U II Muhammad Razi bin Osman - Markas Logistik Udara.
Ketiga.  719920 F/Sjn Mohd Ali bin Ibrahim - Markas Operasi Udara.
Keempat.  Kapt Hamdan bin Shaid TUDM (714377) - Pangkalan Udara Gong Kedak.
Kelima.  722047 Kpl U Izhar bin Mohd Johar - Pangkalan Udara Subang.
Keenam.  726099 LU Ahmad Ridzuan bin Gani - Matra 1

Link di bawah adalah gambar dari lensa Kpl U Izhar.  Enjoy! Full content generated by Get Full RSS.

Anak Merdeka: Bangunan Tinggi <b>di Gong Kedak</b>

Posted: 06 Nov 2011 11:48 PM PST

Assalamualaikum....


Cuba korang tengok bangunan kat atas tu...Bangunan tu still dalam pembinaan lagi... Ketinggiannya dalam 3 tingkat n kalo dilihat maybe akan lagi tinggi lepas siap nanti... Ape yang jadi persoalannya ialah ianya berhampiran dengan Pangkalan Udara Gong Kedak betul2 bersebelahan dengan pagar Pangkalan...
Ianya juga berhampiran dengan runway Pangkalan... Ape tujuan Bangunan ini dibina?? Sebagai Menara Pemerhati bagi sebarang aktiviti dalam pangkalan ke? Pangkalan Udara Gong Kedak merupakan salah satu Pangkalan STRATEGIK negara yang menempatkan 18 buah pesawat tercanggih milik TUDM... So dari bangunan yang akan dibina nie tak mustahil setiap aktiviti pergerakan udara Pangkalan akan dapat diperhatikan dari bangunan ini.....So TUDM rasanya perlu menyiasat pemilik bangunan ini agar ianya tidak dijadikan bangunan yang merekodkan semua aktiviti pergerakan udara dari pangkalan....
Full content generated by Get Full RSS.

Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Anggota TUDM <b>Gong Kedak</b> Sedia <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2011 08:24 AM PDT

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) menyediakan 300 anggotanya untuk membantu sekiranya banjir melanda negeri ini pada musim tengkujuh nanti.

Komandernya, Brig Jen Mohd Faudzi Ahmad berkata anggotanya akan dikerah ke seluruh negeri terutamanya di daerah-daerah yang menghadapi bencana alam itu sekiranya diarah oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan Bencana Negeri.

"PUGK telah bersedia dari segi logistik menyediakan kemudahan seperti bot, trak dan jaket keselamatan di samping para anggota yang terlatih untuk kerja-kerja menyelamat," katanya pada Program Hari Keluarga dan Sukan Rakyat PUGK Bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Besut yang diadakan di padang pangkalan itu semalam.

Menurutnya, di samping itu pihaknya turut menyediakan sebuah dewan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir di pangkalan itu sekiranya pusat pemindahan yang lain seperti sekolah sudah penuh.

Faudzi menambah sebelum ini PUGK tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menyelamat banjir memandangkan banjir yang melanda negeri ini khususnya di daerah Besut tidak membimbangkan.

Program tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads