Rabu, 15 Februari 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


PAS Akan Atur "Gerak Gempur" <b>Di</b> DUN <b>Kijal</b> Dan Desak "Menteri <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 09:51 PM PST

SHAH ALAM, 15 Feb - PAS menggesa agar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (memohon maaf dan menarik balik kenyataannya pada 8 Februari lalu bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. Ahmad enggan berbuat demikian walaupun diminta sebelum ini. Ketua Penerangannya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, PAS kesal de­ngan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi UMNO Tereng­ganu itu bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. "Tuduhan tersebut melampau. Keceluparan Ahmad kita serah kepada ALLAH SWT. "Hingga ke saat ini parti tidak bercadang untuk mengambil tindakan perundangan terhadapnya," katanya semalam. Sebelum ini, Ahmad dilaporkan enggan tunduk kepada desakan PAS menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ajaran sesat. Beliau diberikan tempoh selama tiga hari untuk berbuat demikian. Ahmad dilaporkan berkata demikian pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal bahawa penyelewengan dan kesesatan yang dibawa PAS terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat. Ahmad mendakwa bukti jelas dan nyata, adalah Amanat Haji Hadi dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah. Tuan Ibrahim menegaskan, tindakan mahkamah akan difikirkan selepas ini dengan PAS Terengganu. "Sekarang kita sibuk menumpukan perhatian membuat persediaan menghadapi pilihan raya akan datang. Kita tidak mahu fokus kita terganggu. "PAS Terengganu diminta menumpukan kepelbagaian program di Dewan Un­dangan Negeri (Dun) Kijal yang diwakili Ahmad bagi memastikan beliau tewas dalam pilihan raya akan datang," katanya. Menurutnya, PAS akan serang habis-habisan di kawasan DUN Kijal dan juga akan mengadakan solat hajat untuk kemenangan PAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads