ads

Rabu, 12 Mac 2014

13 di setiu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


135 Hektar Ladang Rakyat <b>di Setiu</b> Masih Terbakar | Umum

Posted: 02 Mar 2014 06:00 PM PST

Rakyat News

SETIU - Kebakaran hutan tanah gambut di kawasan Ladang Rakyat, Lembah Bidong di sini yang masuk hari ke-6 hari ini membabitkan kawasan seluas 200 hektar.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata bomba setakat ini berjaya memadamkan api di kawasan seluas 65 hektar manakala 135 hektar lagi masih terbakar.

"Kita mengesan kebakaran hutan ini sejak enam hari lalu dan ini merupakan kebakaran kedua terbesar selepas di Kampung Tok Kah, Dungun yang dilaporkan terbakar sejak 26 Jan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya bagi menggelakkan kebakaran terus merebak, pihaknya telah melakukan beberapa kaedah seperti melakukan pancutan air secara berterusan, membuat halangan api serta  membanjirkan kawasan tanah gambut yang telah terbakar.

Selain itu, katanya bomba juga telah berjaya memadamkan api di kawasan seluas 15 hektar daripada 22 hektar yang terbakar berhampiran Ladang Tabung Hajidi Lembah Bidong.

Mengenai kebakaran hutan di Kampung Tok Kah, katanya hanya tinggal 15 hektar lagi kawasan masih terbakar dari keseluruhan 411 hektar yang dikenal pasti terbakar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved