ads

Rabu, 12 Mac 2014

13 di seberang takir - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Lebih 90 Orang Gembira Dapat Diami Rumah Baharu <b>Di Seberang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2014 12:17 PM PST

Sepasang suami isteri tidak menyangka tuah untuk memiliki rumah sendiri datang serentak dengan rezeki menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Peniaga nasi di Seberang Takir, Nazri Ngah, 41, dan isterinya Rosliza Mustaffa, 39, yang merupakan penerima Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Kampung Batin, Seberang Takir juga akan mendapat anak kedua tidak lama lagi.

Mereka adalah antara 92 orang terpilih mendiami RPMM yang keseluruhannya berjumlah 722 unit melibatkan peruntukan RM101.8 juta.

"Kalau saya nak buat rumah sendiri, memang tak mampu kerana rumah sekarang terlalu mahal dan saya juga tidak mempunyai tanah.

"Saya sangat setuju dengan dasar kerajaan Terengganu membina rumah untuk rakyat terutama menyediakan kediaman untuk generasi baharu," katanya selepas majlis penyerahan unit rumah RPMM oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Seberang Takir, kelmarin.

Ibu tunggal Kamaizura Abdul Aziz, 40, yang turut terpilih mendiami rumah itu berkata sebelum ini beliau menumpang bersama bapanya di Kampung Tok Jembal.

Katanya beliau memohon untuk mendapat kediaman yang dibangunkan kerajaan sejak 2008, tetapi hari ini baru ada rezekinya.

"Semasa menumpang di rumah bapa, kami tinggal berasak-asak kerana terlalu ramai mendiami sebuah rumah yang agak kecil, namun setelah memperoleh rumah ini, saya bersyukur sangat," katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad negeri Terengganu Datuk Osman Muda.

Kerajaan negeri Terengganu akan membina 10,000 unit lagi rumah mampu milik untuk tempoh lima tahun akan datang.

RPMM di Seberang Takir yang bernilai RM140,997 dijual dengan harga RM63,997 setelah diberi subsidi RM77,000 dengan pemilik hanya membayar ansuran RM338 sebulan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved