ads

Rabu, 10 Julai 2013

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


PAS tawar pembangunan komprehensif <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 09 Jul 2013 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menawarkan agenda pembangunan di Kuala Besut menggunakan wang petroleum dengan lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil (PRK) 24 Julai ini.

Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya namun rakyat negeri  itu masih miskin dan keadaan ini juga sama  seperti di Kuala Besut.

"Dengan kekayaan Terengganu itu wakil rakyat mewah tetapi rakyat masih berada di tahap yang sama. Rakyat bekerja kuat tetapi kemudahan mereka sebagai rakyat tidak diberikan secara berkesan," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Bahkan katanya, oleh kerana ruang pekerjaan yang tidak ada maka anak-anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap di samping pendapatan yang rendah sedangkan kos yang ditanggung membebankan mereka.

Husam juga mengingatkan para pengundi Kuala Besut agar bijak memilih pemimpin kerana ia bakal menentukan masa depan mereka.

"Kalau rakyat Kuala Besut terima wang semasa PRK, bila habis PRK maka habislah... tetapi kalau mereka pilih calon kita yang memperjuangkan tuntutan kekayaan yang menyeluruh serta berpanjangan yang akan dikongsi bersama-sama," katanya.

Justeru katanya, jika masa pilihan raya mereka mendapat duit daripada BN, maka lepas pilihan raya mereka akan dapat faedah berpanjangan jika mereka memilih PAS.

"jadi cadangan kita mana-mana bantuan daripada Umno yang masuk dalam PRK, rakyat boleh ambil supaya mereka boleh dapat faedah lagi untuk jangka panjang, tetapi mereka pilih PAS. Semua faedah mereka dapat," katanya.

PRK Kuala Besut dijadualkan akan berlangsung pada bulan puasa di mana penamaan calon pada 12 Julai manakala hari mengundi pada 24 Julai iaitu hari Rabu.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved