Rabu, 16 Mei 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Cerita Tentang Apa sahaja ? » Orang asli <b>di</b> Terengganu

Posted: 10 May 2012 08:10 AM PDT

Terengganu adalah antara negeri yang menjadi penempatan orang asli yang berasal daripada kumpulan Negrito, dan Senoi. Contohnya orang asli Semoq Beri merupakan kelompok Senoi dan Bateq pula daripada kelompok Negrito. Puak orang asli ini mmpunyai bentuk fizikal yang berbeza antara satu dengan puak yang lain. Berdasarkan sumber JHEOA, 2007 di negeri hitam putih ini terdapat lebih kurang 733 orang penduduk orang asli yang tinggal di tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Pergam di Ulu Jabor, Kemaman, Kampung Sungai Berua yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Kampung Sungai Sayap, Besut yang terdiri daripada suku kaum Semaq Beri dan Bateq. Kumpulan orang asli ini rata-ratanya berpegang kepada budaya, adat resam dan kepercayaan masing-masing.

Seandainya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan orang asli di Terengganu, sila layari laman berikut:

1) http://newpaces.com/forum/topic/670
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Negeri_Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GARAMLADA: Mengapa kos lebuhraya <b>Jabor</b> jadi RM5bilion?

Posted: 11 Nov 2011 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menjelaskan isu berhubung bagaimana kos pembinaan lebuhraya Jabor di Kemaman menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2bilion daripada kos asal. Ketua pembangkang, Dato'Seri Anwar Ibrahim berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuh raya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3bilion, tetapi kini menjadi RM5 bilion. Anwar berkata demikian semasa berbahas di Parlimen pada 2 November lalu.

Lebih malang lagi, projek gagal disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada tahun lalu walaupun pembinaannya bermula tahun 2007, katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kegagalan menyiapkan lebuh raya tersebut dibebankan lagi dengan masalah yang bakal dihadapi dengan persoalan siapa yang akan mengutip tol dan syarikat pemegang konsesi. Beliau mahu kerajaan mendedahkan pihak mana yang bertanggungjawab menyebabkan kelewatan dan peningkatan kos tersebut.

Selain itu beliau mendakwa semua masalah membabitkan kos dan kelewatan penyiapan LPT di Jabor adalah kerana kelemahan Jabatan Kerja Raya dan kementerian terbabit.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Trengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

Kata Anwar, ia merupakan satu projek elit Umno/BN yang membina jambatan di daratan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar.

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikan elaun wakil—wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Sumber berita: Harakah

Komen aku: Umno memang lebih naga daripada naga! Kalau tak buat begitu Umno tak akan kaya- pasti miskin papa! Serang PAS pun boleh diguna duit zakat, inikan pula duit buat lebuhraya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads