Jumaat, 15 Mac 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: Banjir <b>Di Terengganu</b>, Kelantan Semakin Buruk

Posted: 26 Feb 2013 06:06 PM PST


Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 758 orang daripada 243 keluarga berbanding sembilan daripada tiga keluarga kelmarin.

Selain Terengganu, Kelantan turut dilanda gelombang ketiga banjir apabila 456 mangsa daripada 103 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan semalam selain menyaksikan dua remaja mati lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik di sebuah kolam terbiar di Machang.

Di Kuala Terengganu, banjir menyebabkan empat sekolah di Setiu, empat di Hulu Terengganu dan sebuah di Besut ditutup.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 6.30 petang, 15 pusat pemindahan telah dibuka. Di Besut, 160 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan, 132 mangsa di lima pusat pemindahan di Setiu, 339 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Dungun dan 127 mangsa di Hulu Terengganu.

Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin memberitahu, empat sekolah di Setiu terpaksa ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh, SK Kampung Besut, SK Kampung Las dan SK Kampung Bukit. "Di Hulu Terengganu, sekolah yang ditutup ialah SK Padang Setebu, SK Bukit Tadok, SK Sungai Berua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis sementara di Besut sekolah terlibat ialah SK Kampung La," katanya.

Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 1,036 orang dipindahkan ke 19 buah pusat pemindahan di tujuh jajahan yang terjejas banjir.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah terbanyak yang dipindahkan itu adalah di Kuala Krai membabitkan 456 orang diikuti Pasir Mas (247), Pasir Puteh (125), Tanah Merah (111), Bachok (61), Kota Baharu (24) dan Machang (12). Kesemua mereka itu membabitkan 263 keluarga.

Sungai Golok di Rantau Panjang terus mencatatkan kenaikan paras air yang melebihi bahaya 9 meter iaitu pada 8.30 pagi ini sungai itu mencatatkan bacaan 10.26 meter. Satu lagi sungai yang berada melebihi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah yang kini pada bacaan 17.10 meter (bahaya 16 meter).

Setakat ini banjir di Kelantan yang bermula semalam meragut dua nyawa pelajar berusia 13 dan 15 tahun di Machang.

Tiada jalan utama yang dilaporkan ditutup kepada lalu lintas melainkan beberapa jalan kampung berikutan limpahan air sungai. Cuaca di Kelantan kini mendung dengan sesekali hujan renyai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads