ads

Jumaat, 3 Februari 2012

13 di kerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


propertywaltz.com: The Glades Villa - projek baru <b>di Kerteh</b>

Posted: 22 Nov 2011 07:40 AM PST


hari ni kita pergi jauh sedikit ye..

jauh ke pantai timur di Kerteh, Terengganu

Sabtu minggu terdahulu saya dijemput menghadiri pre-launch satu projek baru di Kerteh

demi projek ni saya sanggup pergi hari ke kerteh!

dah lah ahad pagi-pagi saya ada terry fox charity run

sudahnya seminggu saya kepenatan...

tak dapat tulis cepat pun review projek ni... huhuhu

Nama projek ni The Glades Villa

projek eksklusif 14 unit rumah semi-D dan banglo

terletak di atas sebidang tanah rezab melayu tapi freehold

betul2 hampir dengan Kompleks Petronas dan Mesra Mall

Ada 3 jenis layout dan saiz

Paling murah adalah unit semi-D 2 tingkat setengah

ada 9 unit sahaja, memang unit terhad ni

keluasan tanah adalah 43'x40'

keluasan lantai adalah 3800 sqft

ada 5 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas

Harga bermula dari RM 487,279

Jenis seterusnya adalah unit banglo dua tingkat setengah

Unit ini dinamakan Villa Orchid

cuma ada 4 unit sahaja, lagi terhad

keluasan tanah sama, 43'x40'

keluasan lantai pula 3300 sqft

ada 6 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas

Harga bermula dari RM 580, 168

Jenis ketiga merupakan unit banglo dua tingkat setengah juga

Unit ini dinamakan Villa Lily

hanya ada 2 unit sahaja dan sangat esklusif

keluasan tanah 63'x40'

keluasan lantai pula 4350 sqft

ada 7 bilik tidur, 6 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas

Harga pula bermula dari RM 651,483

Pemaju menawarkan percuma yuran guaman, percuma television 42'' dan percuma pemasangan astro.

Untuk booking, pembeli hanya perlu bayar rm1k sahaja.. kemudian bayar baki 10% semasa menandatangi s&p.

namun jika ada masalah dengan pinjaman, pemaju bersedia memulangkan semua deposit 10% ni setelah ditolak dengan caj pengurusan.

Apa yang saya nampak, rumah-rumah ni memang sangat mewah dengan harga yang jauh lebih murah jika di KL.

kalau kat Lembah Kelang ni, rumah teres 2 tingkat setengah pun saya tengok dah 500K.

contoh projek terbaru di Bandar Baru Bangi.

di putrajaya, lagi hilang akal. rumah teres dua tingkat pun harga rm600K ke atas.

hm..

Tapi projek ni semi-D 2 tingkat setengah dengan 5 bilik tidur baru 480K++

beruntung kan mereka yang tinggal di luar lembah klang dan mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang baik

Tinggi syiling 9'

jenis tiles bercampur.. di ruang tamu, mereka akan gunakan tiles 2" x 2"

setiap unit akan dilengkapi dengan 3-phase wiring, wiring telefon, wiring water heater dan wiring serta lubang untuk aircond.

Pemaju juga menawarkan pakej tambahan pemasangan alarm bagi pembeli yang berminat.
Mereka juga menerima permintaan customization.

contoh kalau pembeli nak minta ubah kedudukan point lampu, nak plug elektrik lebih, nak minta tambah point aircond, tukar tiles kepada ayng lebih mewah dan lain-lain.

Boleh duduk berbincang dan mereka akan tawarkan harga terbaik.

Projek ini juga berkepadatan rendah.

cuma 14 unit sahaja.

Tanah dah diratakan dan lot-lot tanah tu pun dah ditanda.

jadi pembeli boleh terus tengok lot bagi rumah yang mereka nak beli tu.

Nama pemaju adalah Manifest Glory, anak syarikat Sumur Bumi Holding Sdn Bhd.

Sehingga review ini ditulis, saya mendapat tahu yang unit dah hampir habis.

tinggal beberapa unit terhad sahaja.

tapi kalau ada pembaca di terengganu berminat, boleh hubungi pihak pemaju sendiri

Mohd Faiz 017-2805546

Aqeel 016-3334497

Ahmad Aslam 012-9600598

Full content generated by Get Full RSS.

... Kata Hati ...: Weekends <b>di Kerteh</b>

Posted: 31 Dec 2011 06:48 AM PST

Halllooo... Hey, another few more minutes to next year!! Yeehaa... Taknak dah story2 pasal azam baru ke harapan baru ke, sebab semua tu aku dah buat masa Awal Muharram haritu, udah2 ler tu,berapa banyak kali pulak nak berazam dalam setahun kan, capai nya x jugak... Eh? ;P So, weekends ku berakhir sudah..minggu ni tak balik Somban derr, sobab fulus kering-kontang, so fair enough la kan, terpaksa la duduk di Kerteh yang permai ni diam2. Aku jarang stay kat Kerteh ni during weekends, most of the weekends i will go back to seremban n spend time with my beloved. But with all the constraints stated before, i had to stay here until CNY. Huwaaa.. But it's ok, think +ve yaw, atleast i have time to explore Kerteh. Huhu. So during the day, aku cuba test skill memasak. Harini, aku try masak sardin cili api sebab rindu gilaaa dengan sardin cili api ibu. And surprisingly, i did it!!! Ini adalah salah satu pencapaian terhebat aku, even hanya masak lauk sardin cili api(ok,i know someone will laugh on this), but atleast ada la drpd takde langsung kannn...Hihi. Aktiviti lain, petang2 pekena kepok lekor n pisang goreng kat pantai Paka sambil ditemani ombak Rindu.. Opps.. Haha. But all in all, i love staying in Kerteh, ada "ombak rindu" weh pagi petang siang malam.... :D oh ya, sebelum lupa, wanna wish all of my friends out there a very happy NEW "DRAGON" YEAR ahead.. *smooch* ;)

Full content generated by Get Full RSS.

Sh0ck037: Cinta ku Tertinggal <b>di Kerteh</b>

Posted: 02 Feb 2012 02:02 AM PST

Alhamdulillah, selesai sudah program JuM-Desa 2012 anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam yang berlangsung di Kuala Kerteh pada 25-31 Januari 2012. Penglibatan seramai lebih kurang 100 orang peserta termasuk urusetia memeriahkan lagi program kali ini. Program yang berkonsepkan kemasyarakatan ini melibatkan 3 buah kampung secara langsung dimana mereka terdiri daripada keluarga-keluarga angkat yang meng'angkat' anak-anak UiTM menjadi 'anak angkat' mereka. Arrgh, lintang pukang grammar ak.. 
Program yang mengambil masa 7 hari 6 malam ini banyak menjurus kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuklah sesi motivasi pelajar sekolah, gotong-royong (GORO) melibatkan kawasan kampung, penanaman anak pokok bakau bersama ecoCARE, sukan rakyat serta taklimat pemuliharaan penyu oleh MEKAR. Tidak salah untuk ak membuat kesimpulan bahawa program ini telah berjaya memberi impak yang amat besar baik kepada peserta mahupun orang kampung sendiri kerana setelah 7 hari berkampung, linangan airmata perpisahan membuktikan segalanya.
Sedikit sinopsis JuM-Desa 2012....
Hari pertama banyak dihabiskan didalam bas. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam ke destinasi tidak mematahkan semangat anak-anak UiTM. Kami tiba di Kerteh pada jam 5 petang dan diteruskan dengan sesi penyerahan anak angkat. Mata ke mata, hati ke hati. Anak-anak angkat dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dan tentatif berhenti setakat itu sahaja untuk hari pertama.
Pada hari kedua program, seramai 12 orang peserta dan 8 orang urusetia bertolak ke SMK Kg. Baru, Kerteh sempena program UiTM DiHatiku manakala selebihnya berkumpul di balai belia untuk perbincangan persembahan kebudayaan. Alhamdulillah, ak dipilih untuk ke sekolah dan peluang itu digunakan sebaiknya untuk mengenal dan mempelajari hidup sebagai seorang pelajar di negeri Darul Iman itu. Dimulakan dengan sesi pengenalan UiTM dan FKA oleh salah seorang pensyarah FKA, pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekolah itu sudah mula mencorak masa depan mereka dengan lebih teratur melalui pemahaman dan soalan-soalan yang diajukan. Sesi kedua lebih menjurus kepada character building dan membabitkan sepenuhnya komunikasi dua hala antara fasi dan pelajar. Karangan diri menjadi corak, lukisan impian telah dijadikan realiti.Sesi diteruskan dengan 'recall' tentang keibu-bapaan serta matlamat hidup. Alhamdulillah, ada yang menangis. Hee..
Pada sebelah malam, pihak masjid mengadakan majlis tahlil.
27.1.2012 - Hari ketiga program sepenuhnya dihabiskan dengan aktiviti GORO yang melibatkan kawasan-kawasan kampung seperti surau, balai belia, rumah kampung serta kawasan Masjid Jamek, Kerteh. Ak dan 9 lagi ditugaskan untuk ke balai belia dimana tugas kami adalah untuk mengecat balai belia. Sejurus petang, balai belia siap diconteng oleh hasil tangan kami!
Sebelah malam pula, majlis perasmian program JuM-Desa 2012 berlangsung (baru nak rasmi??). Bertemakan lagu 'Memori Tercipta', beberapa persembahan disajikan. Persembahan 'choir' dan tarian oleh peserta serta duet urusetia oleh cik Farah dan Encik Sam sudah cukup menyerikan majlis perasmian malam tersebut. Rasmi pakai ipad weyh! Bukan main. Haha.
Hari keempat, Sukan Rakyat. Walaupun sehari hujan, pihak urusetia tidak mengalah untuk memberikan hiburan untuk para peserta serta penduduk kampung. Sukan yang dijalankan di Dewan Sivik ternyata tidak mengecewakan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Galah Panjang, Musang Berjanggut, Boling Kelapa, Baling Selipar dan Congkak. 
Alhamdulillah, hari ke-5 muncul jua. Program Pengumpulan Benih & penanaman semula bakau bersama ecoCARE pada sebelah pagi manakala taklimat pemuliharaan penyu oleh MEKAR pada sebelah petang. Kasut warna-warni menjadi kasut satu warna, warna lumpur! Pengalaman yang julung-julung kali dapat dirasa bagi sesetengah peserta yang hidupnya hanya di bandar. Haha. 
Setelah berlumpur setengah hari, pada jam 2.00 petang, satu taklimat tentang kesedaran penyu oleh MEKAR. Banyak info dan fakta yang dapat kami 'sedut' pada petang itu. Ak mengaku yang ak salah seorang daripada 9 orang yang mengaku makan telur penyu (at least mengaku..haha), tapi itu dulu, sebab ak sekarang seorang..Sahabat Penyu! Hee...Dah siap dapat kalendar, tak kan tak nak mengaku lak kan. Haha.
Sampai sini dulu entri ak, msih ada baki 2 hari lagi, tapi disebbkan gambar msih belum available, terpaksa ak tangguhkan dulu. Kita jumpa di post yang seterusnya. Nantikan aktiviti-aktiviti seperti explorace, malam kebudayaan dan banyak lagi! 
Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved