Jumaat, 3 Februari 2012

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Memori seorang guru: Suatu Pagi <b>Di</b> Pantai <b>Batu Rakit</b>

Posted: 31 Dec 2011 04:45 AM PST

Ibu selamanya di hati

Bagiku setiap hari adalah hari ibu...kepada semua ibu-ibu Selamat hari Ibu.Semoga pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terhingga yang telah ibu curahkan akan mendapat balasan yang terbaik daripada Dia Yang Maha Penyayang...Dedikasi buat ibu yang ku panggil "Mak" Fatimah binti Ismail...

Ayah Kau Tetap Kuhargai

Buat insan yang panggil "ayah" ingin kutitipkan" selamat hari bapa"buatmu.Ayah..terima kasih di atas segala-galanya..Doa dan harapanku semoga Allah sentiasa memberkatimu...

Full content generated by Get Full RSS.

T E G A N U K I TA: Malam Nur Hijrah <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b>

Posted: 29 Dec 2011 10:30 PM PST

Oleh FAUZI MOHD

Hampir 1,500 penduduk DUN Batu Rakit dan sekitarnya hadir memeriahkan sambutan Malam Nur Hijrah yang diadakan secara terbuka dengan matlamat untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

ADUN Batu Rakit, YB. Khazan Che Mat berkata, sambutan Malam Nur Hijrah ini adalah program tahunan terbesar di peringkat DUN dengan tujuan untuk mengumpulkan semua penduduk dengan pengisian program yang berunsurkan kerohanian.

"Kita percaya melalui program seumpama ini ia bukan sahaja terhad kepada golongan muda sahaja malah turut menarik perhatian golongan dewasa dan warga emas untuk sama-sama menjayakannya.


"Dalam keadaan hari ini bukan mudah untuk menarik golongan belia menyertai program yang berunsurkan kerohanian dan melalui penggabungan beberapa acara seperti lagi-lagu nasyid, forum dan persembahan selingan saya melihat ia begitu mendapat sambutan," katanya.

Sempena Malam Nur Hijrah yang diadakan di Dataran Perumahan Rumah Awam Kos Rendah, Mengabang Lekar kumpulan nasyid Raihan telah menjadi tetamu istimewa untuk menghiburkan penonton dengan tujuh buah lagu nasyid selain persembahan murid dari Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting.

Selain itu, slot bicara halaqah turut menjadi acara sampingan dengan menampilkan tiga ahli panel termasuk Khazan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Setiu, Wan Maznah Wan Nong telah dinobatkan sebagai Tokoh Malam Nur Hijrah 1433.

Anugerah Khas Malam Nur Hijrah pula telah disandang oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan selain Anugerah Penghargaan telah diberikan kepada Bekas Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu, Abdul Halim Awang.

Full content generated by Get Full RSS.

SETIU HARI INI: Korban Pemuda <b>di Batu Rakit</b>

Posted: 11 Nov 2011 08:55 AM PST

YB Haji Khazan (dua dari kanan) turut sama melapah lembu korban bersama-sama dengan Setiausaha Pemuda Dun Encik Nazri Mamat (kiri) dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd (dua dari kiri)

BATU RAKIT (Mengabang Bakong)
Tarikh:7hb November 2011.
Masa: 8.00 pagi.
Oleh: Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit.
Turut hadir: YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd.
Lembu Korban: 2 ekor.
Pertugas sedang melapah lembu sebelum dipotong dagingnya untuk diagihkan.

Lembu-lembu yang telah disembelih menunggu untuk dilapah.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads