Jumaat, 3 Februari 2012

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Efa <b>di Ajil</b> | .

Posted: 06 Dec 2011 08:12 PM PST

Kelihatan agak suram mungkin kombinasi warna pink dan purple tak menjadi utk puding ni. Tak seronok..tak seronok...:(
 Inilah bunga dalam puding yg diperbuat daripada roti. Dalam gambar bunga purple bertukar menjadi biru. Hu..hu..hu..


Nama kat atas kek ada utk 2 pasangan adik-beradik iaitu Effa dan Linda.
Terima kasih banyak Efa. Maaf di atas segala kekurangan.
Tapi anak-anak cukup seronok sebab perjalanan menghantar order kali ni terpaksa mengharungi air banjir di Pengkalan Ajal kalau tak silap. Cukup adventure...
Full content generated by Get Full RSS.

Teganuku..segalanya di sini..: Pelatih Bomba Maut Van Terbalik <b>di Ajil</b>

Posted: 08 Oct 2011 02:56 AM PDT

Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai, maut dalam kemalangan di Kilometer 396.3. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di Kampung Kua, Ajil di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Nur Farhana Mohd. Mahat, 26, dari Tangkak Johor, terbunuh apabila van yang dinaikinya bersama tiga lagi anggota bomba di akademi berkenaan terbabas sebelum terbalik.

Ketika kejadian, ibu kepada dua anak itu yang menjalani latihan di akademi tersebut sejak 5 September lalu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di berek Bomba, Tangkak, Johor, selepas mengadu tidak sihat.

Mangsa dibenarkan pulang berehat oleh pihak pengurusan akademi itu selepas beberapa hari dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Nur Farhana diiringi tiga anggota lain iaitu, pemandu van terbabit, Firdaus Ahmad, 26, Wan Siti Suzana Yusof, 27, dan Shahidan A. Razak, 23, dan mereka cuma mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum meninggal dunia pukul 9.45 malam ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan turut hadir menziarahi jenazah mangsa ialah Komandan Akademi Bomba Wakaf Tapai, Norazam Khamis.

Jenazah Nur Farhana dibawa ke Akademi Bomba Wakaf Tapai untuk dimandi dan dikafankan sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter Bomba, pagi ini ke kampung asalnya untuk dikebumikan.

Ibu mertua mangsa, Khatijah Mat Senin, 54, yang berasal dari Kampung Cabang, Kerteh, Dungun, ketika ditemui memberitahu, menantunya itu memperoleh dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan anaknya yang juga merupakan seorang anggota bomba.

Katanya, anaknya itu bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Johor, dan mereka sekeluarga gembira selepas arwah terpilih menyertai pasukan dan menjalani latihan di akademi itu.

Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Penganggur Dipenjara Tiga Tahun <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 10:46 AM PST

Seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin bagi kesalahan melakukan pecah rumah, dua minggu lepas.

Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan tertuduh, Mohd Tamezi Muda, 31, dari Setiu menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Mohd Tamezi mengaku salah memecah masuk sebuah rumah di Felda Bukit Bading di Ajil ketika pemilik rumah berkenaan keluar untuk solat di sebuah surau berhampiran antara 7.20 malam hingga 9 malam pada 16 Jan lepas.

Tertuduh yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau didakwa melarikan tiga utas gelang emas, dua bentuk cincin perak yang kesemuanya dianggar bernilai RM16,000 dan wang tunai RM500 dari rumah itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads