Isnin, 21 April 2014

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di bukit besi</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2014 01:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

projek kilauan mutiara sk <b>bukit besi</b>, terengganu - kelab in-smartive

Posted: 20 Feb 2014 08:00 AM PST

     Pada 20 Februari 2014 yang lalu, seramai 36 orang fasiliatator dari Universiti Malaysia Pahang telah berkampung di Bukit Besi, Dungun Terengganu bagi menjayakan sebuah lagi Projek Kilauan Mutiara di sini iaitu Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Bukit Besi. Projek kali ini adalah kesinambungan daripada Projek Kilauan Mutiara yang telah dilangsungkan pada tahun yang lalu iaitu pada 24 April 2013. Fokus utama program ini adalah bagi menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada murid darjah enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi di samping menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti interaktif di jalankan sepanjang program bagi memperkasa motivasi, jati diri dan daya saing akademik mereka.

     Tepat jam 3:30 petang majlis penyerahan peserta telah berlangsung dengan jayanya dan diikuti pula dengan majlis penyerahan para mahasiswa kepada keluarga angkat mereka di Bukit Besi. Pada jam 4:15 petang, sesi taklimat kursus yang dikelolakan oleh saudari Pengurus Projek, Siti Syafeera kepada peserta program. Seusai solat asar dan kudapan petang, sesi "Ice Breaking" pula telah dijalankan dimana peserta dapat berkenal-kenalan sesama fasilitator kumpulan mereka. Selepas solat maghrib dan isyak, slot ''Radio Buruk'' dan ''Jendela Jauhari'' telah dijalankan. Didalam slot tersebut, peserta dapat mempelajari  cara berkomunikasi dengan betul dan peka terhadap sesuatu perkara serta mampu menyusun jadual harian dengan berkesan dan sistematik.  Tepat jam 10:30 malam, peserta dan fasilitator dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
Penyerahan fasilitator kepada keluarga angkat




     Slot "Story Behind the Paper" menjadi pembuka tirai aktiviti pada hari yang kedua dimana peserta dapat berfikir secara lebih kreatif dalam membentuk satu jalan cerita dengan menggunakan surat khabar. Diteruskan lagi dengan aktiviti yang mampu merancang hala tuju masa hadapan dengan baik dalam slot "Timeline". Selesai kudapan pagi, peserta dapat merehatkan minda dan bergembira bersama fasilitator dalam slot yang sangat ceria iaitu "Happy Hour". Program diteruskan lagi dengan slot "Chopp" dalam Bahasa Melayu. Slot ini mampu menguji kecekapan minda peserta dalam menyusun abjad yang dipilih oleh mereka dan menjadikannya sebuah perkataan dengan pantas.


Slot "Story Behind the Paper"




     Selesai solat Jumaat dan makan tengah hari, program ini diteruskan lagi dengan slot "Dice" dimana peserta dilatih untuk membuat keputusan dengan pantas dan tepat. Seterusnya, slot "Chopp" dalam Bahasa Inggeris pula dilaksanakan dan peserta diminta untuk menyusun abjad yang diberikan supaya menjadi sebuah perkataan yang disebutkan oleh para fasilitator kepada mereka. Pada petang harinya, peserta telah diberikan tugasan berkumpulan dimana mereka perlu mengikut setiap arahan ketua dalam menyelesaikan masalah tersebut dalam slot "The Burj".





     Disebelah malamnya pula, program diteruskan lagi dengan slot "Inovasi" dimana peserta perlu berfikir dan melontarkan idea yang bernas untuk menghasilkan satu rekacipta teknologi dari barangan terbuang secara kreatif dan menarik. Sesi seterusnya adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh peserta iaitu "Happy Hour" dimana peserta dapat merehatkan minda dan bergembira bersama-sama fasilitator mereka. Selesai kudapan malam, peserta telah dibimbing supaya memperbaiki kelemahan diri masing-masing dalam slot "Muhasabah diri". Selain dari itu juga, peserta ditanam rasa cinta dan kasih sayang kepada kedua ibu bapa mereka.
     Hari terakhir program dimulakan dengan sesi "Kau boleh" dimana peserta telah disuntik semangat dan inspirasi untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi oleh mereka nanti. Aktiviti terakhir dalam program ini ialah sesi "Menggilap mutiara" dimana fasilitator telah memberikan sentuhan akhir dan suntikan semangat kepada para peserta supaya menjadi pelajar yang cemerlang dan insan yang berguna dimasa hadapan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads