ads

Isnin, 21 April 2014

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Jumlah Mangsa Banjir <b>Di Kemaman</b> Meningkat, Dungun <b>...</b> - KLXpress

Posted: 08 Dec 2013 01:43 AM PST

koochai

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu petang Ahad meningkat kepada 23,102 orang berbanding 22,391 di sebelah pagi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), peningkatan angka ini berikutan lebih 1,700 mangsa lagi berpindah di Kemaman.Jumlah mangsa di daerah itu kini seramai 19,287 orang (4,723 keluarga) berbanding 18,576 orang (4,177 keluarga) pagi tadi.

Di Dungun, jumlah mangsa bagaimanapun sama seperti pagi tadi iaitu seramai 3,764 orang (936 keluarga).

Di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, jumlah mangsa tidak banyak berubah seperti pagi tadi.

Sehingga petang ini, sebanyak 5,672 keluarga telah berpindah di seluruh Terengganu melibatkan 67 pusat iaitu 18 di Dungun, Kemaman (46) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu serta Hulu Terengganu.

Pusat pemindahan itu terdiri daripada bangunan sekolah, balai raya, dewan sivik, surau dan masjid.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di bawah paras bahaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved