Ahad, 20 April 2014

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Ibu empat anak dipenjara ragut rantai budak <b>di Seberang Takir</b> <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 12:02 AM PST

Rozita Jusoh, 36, yang mengaku bersalah, tunduk ketika Hakim Azhar Othman menjatuhkan hukuman terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Seorang ibu empat anak dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana meragut rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Rozita Jusoh, 36, yang mengaku bersalah, tunduk ketika Hakim Azhar Othman menjatuhkan hukuman terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Mengikut kertas pertuduhan, Rozita didakwa melarikan seutas rantai leher milik mangsa bernilai RM1,600 di sebuah rumah di Kampung Seberang Takir di sini, jam 11 pagi pada 15 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, Rozita pergi ke rumah nenek mangsa dengan menyamar sebagai jurujual minyak dan pisau.
Ketika kejadian, mangsa berada bersama neneknya, sebelum Rozita menarik rantai leher dipakai mangsa lalu melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang lelaki yang menunggu di luar.

Tertuduh yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi, ditahan di bandar ini, tiga hari selepas kejadian.-Berita Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads