Ahad, 20 April 2014

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Manifesto BN <b>di Kuala Besut</b> akan menjadi kenyataan. - teganuki ta

Posted: 15 Jan 2014 10:26 PM PST

Oleh: Suriati Ali

Apa yang dijanjikan pada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut lalu, bakal dilaksanakan secara berpringkat-peringkat bagi memenuhi keselesaan penduduk setempat.

Terbaru, persisiran pantai Kuala Besut dan Pulau Pehentian, Besut bakal berubah wajah apabila projek Gerbang Pelancongan Antarabangsa dibangunkan dalam usaha kerajaan meningkatkan aktiviti pembangunan dan pelancongan bertaraf global disitu.

Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh, berkata projek berharga RM250 juta yang diumumkan pada PRK Kuala Besut Julai tahun lalu akan menjadi kenyataan selepas semua plan pembangunan selesai tidak lama lagi.

Katanya, projek berkenaan kini di peringkat menyiapkan pelan susun atur dan penyusunan semula Pekan Kuala Besut dan pusat peranginan Pulau Perhentian sebelum kerajaan mengeluarkan tender.

"Jawatankuasa khas pemandu juga sedang mengumpul pandangan orang ramai dan cerdik pandai bagi memastikan projek mega di utara Terengganu itu berjalan lancar dan menepati kehendak rakyat.

"Projek Gerbang Pelancongan apabila siap bakal menjadi pintu masuk utama pelancong dari dalam dan luar negara ke Terengganu," katanya Dato' Idris yang juga Ahli Parlimen Besut .
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads