ads

Sabtu, 19 April 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Makanan Western Sedap <b>di Kuala Terengganu</b> | Nabila Biela

Posted: 10 Feb 2014 10:14 PM PST

Owhh masih teringat lagi kat kepala aku makanan western sedap di Kuala Terengganu aku makan semalam. Ni gara-gara terpengaruh dengan blogger Duniafarisya.com..hehe. Semalam lepas teman dia pergi hantar baju kat kedai jahit, terus pergi NR seafood village ni. Sampai je kat sini, terpegun jap..kenapa unik sangat restoran ni?? Restoran ni sedikit gelap..dibuat daripada kayu dan aku rasa macam duk dalam perkampungan tarzan pulak aih..tapi yang pasti sangat cantik!!
Masa aku pergi tu, tak ada orang lagi..sebab maybe baru bukak. Cepat je waiter dia datang ambek order. Banyak sangat pilihan makanan western..eh-eh makanan biasa-biasa pun ada..jangan salah faham pulak. Sebab terlalu pening nak pilih, aku just tanya je Farisya apa yang sedap kan, dan yang sedap kat sini tentulah Chicken chop bawah ni haa. Aku order chicken chop, banana split dan air yang namanya First love..eh aku tak tipu okay! Farisya pulak order nasi goreng, banana split dan air kelapa....almaklumlah dia selalu datang, so..memang dah biasalah makan chicken chop ni.

Haa ni aku nak citer sikitlah pasal air aku pilih ni. Namanya first love...masa aku nak pilih air dalam menu dia tu, semua nama air macam jiwang gituh..aishh....aku rasa macam pergi date ngan pakwe pulak..haha..yang pasti air aku pilih ni super sedap ye..hihi
Lupa nak bagitau, NR seafood village ni terletak di Mengabang telipot Kuala Terengganu. Tadi, aku usha-usha kat google, rupanya restoran ni pernah masuk Jalan-jalan cari makan. Memang sesuai sangatlah, sebab makanan dia memang sedap dan sangat berpatutan. Semua makanan yang aku citer tadi hanya RM30 sahaja..murah kan? Kalau bawak family ni, belom tentu habis RM200..sangat berpatutan.
p/s: thanks untuk blogger farisya sebab kenalkan restoran ni....rasa beruntung sebab tahu ada restoran yang sedap kat Kuala Terengganu ni..hewhew

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved