ads

Khamis, 13 September 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


teganuku: Ahmad Said - Kerajaan Negeri Bina Semula Rumah <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 05:55 PM PDT


 Kerajaan Terengganu akan membina semula tiga buah rumah teres awam kos rendah di Wakaf Tengah yang hangus dalam kejadian kebakaran tengah hari kelmarin. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata rumah itu akan dibangunkan di bawah skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang masing-masing bernilai RM33,000.

 "Kita minta pegawai daerah uruskan pelantikan kontraktor dengan segera. Empat buah lagi yang terlibat dalam kejadian itu turut dibaiki dalam tempoh terdekat.

"Anggota Dewan Undangan Negeri Tepoh Muhamad Ramli Nuh akan menyediakan peruntukan bagi membaiki empat buah rumah yang turut rosak," katanya selepas melawat tempat kejadian di Kuala Terengganu, semalam.


Dalam kejadian itu, tiga rumah itu hangus terbakar dan bomba yang menerima laporan pada pukul 12.21 tengah hari berjaya mengawal kebakaran pada pukul 1.15 tengah hari.

Ahmad Said berkata empat pelajar Universiti Malaysia Terengganu yang turut terlibat dalam kejadian itu ditempatkan di asrama universiti itu manakala mangsa yang lain menumpang rumah saudara mara.

"Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung telah menyewa sebuah rumah bagi menempatkan sebuah keluarga yang rumahnya hangus itu. Keluarga ini mempunyai anggota keluarga yang ramai," katanya.

Pada lawatan itu, Ahmad turut memberi bantuan RM2,000 setiap seorang kepada tiga pemilik rumah yang hangus itu, pemilik dua buah rumah bersebelahan rumah yang hangus itu masing-masing menerima RM1,000 dan pemilik dua buah rumah lain masing-masing menerima RM500.
 

Selain itu, mangsa turut menerima bantuan yang disumbangkan oleh Umno Bahagian Kuala Nerus yang membuat pungutan derma kilat apabila kejadian berlaku ketika Umno bahagian itu sedang mengadakan mesyuarat perwakilan berhampiran tempat kejadian semalam.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved