Khamis, 13 September 2012

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Brotani: <b>Jerangau</b>

Posted: 01 Sep 2012 12:48 PM PDT

Jerangau memang tidak asing lagi dalam spesis tumbuhan herba di Nusantara. Antara kegunaan yang biasa digunakan di dalam perubatan tradisional adalah sebagai penawar sawan bayi dan kanak-kanak. Namun  pada tahun 1968 tumbuhan ini telah diharamkan oleh USFDA (United States Food and Drug Administration) untuk tujuan perubatan kerana ujian ke atas tikus makmal memberikan keputusan peratusan tinggi tikus ujikaji mengalami tumor (ketumbuhan). Namun mereka tidak pasti adakah kesan carcinogenic yang berlaku pada tikus mereka relevan dengan sel badan manusia. Aku rasa mesti ada sesuatu yang best tapi mereka simpan untuk mereka sendiri. Walau macam mana pun tumbuhan ini turut menjadi salah satu penyumbang kepada industri minyak wangi.

Jerangau atau nama saintifiknya Acorus Calamus merupakan tumbuhan yang membesar kelihatan seakan lalang. Namun lebih cantik dan lebih bermanfaat. Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Acorus ini boleh mencapai ketinggian 5 hingga 8 kaki dalam satu kombinasi dedaunnya yang memanjang dan menegak ke atas.

Jerangau mampu hidup dalam keadaan kurang air seperti di dalam pasu tanaman namun ianya boleh melambatkan pertumbuhan. Untuk mendapatkan pokok yang merimbun dan kelihatan cantik 'bersemak', tumbuhan ini memerlukan kelembapan tanah yang tinggi. Di barat, mereka biasanya meletakkan jerangau di dalam pasu dan seterusnya pasu tersebut di letakkan di dalam kolam hiasan taman mereka. Air yang cukup membantu dedaunnya untuk tumbuh lebih tebal dan lebih tinggi, sekali gus mempercepatkan pertumbuhan anak-anak pokok baru.

Jerangan hidup berkonsepkan batang induk yang menjalar. Batang induknya yang berada separuh permukaan tanah mampu menjalar untuk mengeluarkan anak pokok baru. Manakala bunga pokok jerangau yang berbentuk panjang dan lancip biasanya tumbuh di pangkal dedaun, tempat di mana bertemunya daun dengan batang induk.

Untuk proses pembiakan, aku biasanya patahkan batang induk yang terlebih keluar dari pasu atau hujung batang induk yang kelihatan terlalu menonjol dari permukaan tanah. Kemudian tanam seluruh batang induk yang sudah dipatahkan itu kembali ke dalam tanah. Aku tidak pernah cuba untuk memotong pendek dedaun dari batang induk yang aku alihkan, namun ianya tetap memberikan hasil yang diinginkan iaitu kekal hidup dan subur.  Mungkin satu hari nanti aku perlu cuba dan akan aku update kesannya di dalam blog ini.

Baja organik adalah pilihan terbaik kerana mampu menjanjikan tanah yang cukup nutrient dan PH yang optimum selain menggalakkan kandungan air yang disimpan di dalam tanah. Memilih baja berkandungan Nitrogen yang tinggi dalam kandungan N-P-K adalah diperlukan untuk memberikan bentuk dedaun yang cantik dan segar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads