Jumaat, 20 April 2012

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


teganuku: Sultan Mizan Menyelam <b>Di Pulau Bidong</b> Bersama Coral <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 02:50 PM PDT

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di Kuala Terengganu, semalam.

Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.

Program selama empat hari yang bermula semalam  turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads