ads

Jumaat, 20 April 2012

13 di jabor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


.balik kampong | Khairie Rahman ™

Posted: 02 Apr 2012 09:18 AM PDT

assalamualaikum,

.

hari Jumaat yang lepas aku dan beberapa lagi rakan pulang ke kampung halaman, it was an ad-hoc plan and just a short weekends trip. mulanya perancangan untuk pulang itu seperti agak berantakan kerana aku sedang sibuk dengan tugasan-tugasan di pejabat yang memerlukan aku mengejar dateline. alhamdulillah, dengan izin Tuhan, segala tugasan sempat disiapkan sebelum sampai waktunya. petang itu selepas solat Jumaat aku bergegas pulang ke rumah kakak aku kerana teman-teman menyatakan lebih mudah hendak mengambil aku di sana.

.

the journey was smooth despite of the fact that we started our journey a bit late [read: we left Subang 2 at 5:30pm due to technical problem]. kami tidak melalui jalan Jabor kerana mengenangkan hari yang telah menginjak malam, tambahan lagi jalan Jabor itu sangat pekat gelapnya ketika waktu malam. laluannya di tengah-tengah oil palm plantation yang tentunya jarang-jarang disuluhi lampu, dengan keadaan jalan yang berlubang dan bertampal di sana sini, dan kemungkinan binatang liar memintas jalan, semua itu mengundang bahaya. jadi kami membuat keputusan untuk menyusuri jalan pantai, dari Kemaman, menuju ke Dungun, kemudian ke Marang, dan seterusnya tiba di Kuala Terengganu :).

.

kami sampai lewat tengah malam, jam menunjukkan pukul 2pagi. mereka hantar aku dulu. risau juga kalau-kalau tak ada orang yang masih berjaga, mujur abang aku masih belum tido. dibukanya pintu rumah, kalau tak berantalkan lengan, berselimutkan embun lah aku di pangkin luar rumah. dek kerana keletihan, aku bangun agak lambat, dalam pukul 11 lebih. di rumah hanya ada Ma somewhere upstairs dan Halim, leka menonton video Son Wukong yang dibelinya. gemar sungguh dia pada mitos dan lagenda dari negara China. adik aku pulak, si Hajar awal pagi lagi sudah keluar pergi buat kerja sambilan atas dasar nakkan duit poket sebab nak pergi Korea nanti.

.

hari dah naik sedikit, kakak aku yang #5 datang ke rumah, baru habis pantang, bawak sekali anak buah aku yang paling baru, baby #38. kiranya itu kali pertama lah baby #38 ne datang ke rumah aku. hehehe. dah berisi nampaknya. hari tu masa aku mula-mula jumpa masih kecik lagi. halus je. sekarang dah bambam. ish geram pulak. dan selepas Maghrib, kakak aku yang #4 pulak datang. jadi malam tu sempat lah aku berjumpa dengan adik beradik yang ada di kampung. seperti biasa kami bertukar cerita dan berkingsi cerita perkembangan semasa antara satu sama lain

baby #38, Azween Syakira umur 2bulan++. masih kuning lagi, insyaAllah Ayah Teh doakan baby cepat2 habis kuning ok!

ini Qiqi, baby #29, umur 6 tahun.

.

hari Ahad tu, di kala dinihari lagi teman aku kasi mesej suruh bangun. hari pon masih sejuk lagi. semua gara-gara nak pergi bersarapan di Kedai Makan Jenab. jangan main-main, sangat masyhur tempat ne. kedai dibuka seawal jam 6pagi dan ditutup pada pukul 9pagi. begitu lah hari-hari kecuali ada lah jugak hari-hari yang ditutup atas sebab-sebab tertentu. menu paling popular di sini ialah Nasi Minyak. walaupun hanya dibuka 3 jam setiap hari, Makcik Jenab untung juta-juta tauu. kalau tak takkan la dari aku kecik sampai ke besar kedai makan tu masih kukuh berdiri di situ. sekian promosi Kedai Makan Jenab.

.

oh di Pantai Timur, nasi minyak dimakan ketika sarapan atau makan pagi. situasi begini adalah normal. mungkin kelihatan janggal bagi orang luar kerana orang pantai barat menganggap nasi minyak itu makanan berat. tapi bagi kami, ini lah sarapan santapan kami dipagi hari. di KL kamu ada sandwish, english breakfast dan cereal, kami di Terengganu dan negeri-negeri Pantai Timur, kami ada Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam dsb. kalau tengah hari biasanya nasi putih dan lauk campur. sekadar berkongsi maklumat.

nasi minyak Kedai Makan Jenab. nasi minyak ne dah mencapai status lagenda sebab dari aku kecik sampai sudah dewasa macham tu juga la rasa dia. resepi turun temurun dari zaman nenek moyang. sedap rasanya.

.

aku bersarapan bersama-sama beberapa lagi teman sekampung yang dulunya juga teman sekelas diwaktu persekolahan dulu, kami duduk semeja bersama-sama, berborak mesra, bersenda gurau, mengimbas kembali zaman waktu kami kecil-kecil dulu. satu persatu memori yang terlipat di rungkai kembali. cerita bagaimana kami bertepuk tampar, ketawa, bermasam muka dan bermain berkejaran bersama-sama ternyata menggelikan hati kami.

.

selepas sarapan, kami bergegas balik untuk bersiap. maklumlah esoknya kami sudah perlu masuk ke pejabat. jadi sesudah Zohor kami bertolak ke KL. lebih mudah dan lebih berkat bak kata orang tua-tua. kami dikirimkan dengan puding cocktail dan puding caramel oleh salah seorang teman kami dari kampung, baik orang nya, putih gebu, pandai memasak pulak tu. jika berkenan boleh lah DM. eceh promosi lagi. kami singgah ke Sungai Rengas mengambil pesanan keropok lekor yang dibuat sehari sebelumnya. aku tak order ape-ape lah, sekadar menumpang tidak lah aku nak memenuhkan lagi kereta tu.

at gerai kepok lekor. i asked them to pose nicely, they ended up posing like monkeys. ikut mung la weh!

.

Jiji (red shirt) kemudian gelupur hendak mencari lada keropok (orang KL panggil sos laaaa). keropok lekor ne kalau nak rasakan lagi kick lebih enak dicicah dengan lada keropok. jadi kami pusing-pusing di sekitar Marang kerana Madi (bertopi) enggan berpatah balik ke Losong jika sekadar hendak mencari lada tersebut. akhirnya jumpa juga. selamat. dan kami balik ke KL melalui jalan Jabor. alhamdulillah sekarang ne dah tak sepayah dulu. sekarang dari Ajil dah boleh ke Bukit Besi dengan highway. jadi masa perjalanan dapat dikurangkan.

.

perjalanan balik ke KL pon lancar, di LPT kami bertemu sebuah kereta Myvi hitam bernombor pendaftaran BLB4557. pemandunya cantik, bertudung litup berwarna biru muda, berkulit cerah, berhidung mancung. oh sekali pandang, terus tergoda. sangkaan kami gadis itu mesti pelajar universiti X bila memandangkan pelekat universiti X tersisip kemas di sisi cermin kereta. naluri lelaki, Madi yang memandu mengusik-usik sang Gadis dengan sesi potong-memotong di sepanjang LPT. lama juga la kami pintas-memintas antara satu sama lain. sedari sang Gadis mungkin tidak selesa diusik sebegitu, kami sepakat untuk tidak lagi menganggu beliau, dan kami terus memecut ke Karak sesegera yang mungkin, kerana hari juga sudah mula melabuhkan tirainya.

.

menyusuri lebuhraya Karak agak mengganggu jiwa kami. jalan sesak secara tiba-tiba tanpa ada sebab-sebab yang kukuh. suasana malam ibarat pesta di lebuhraya kerana disorot dengan ribuan cahaya lampu kereta bermacham jenama. jenama tempatan dan juga luar negara. semua nya berpusu-pusu mencari peluang untuk terus meluncur ke hadapan. dan alhamdulillah kami selamat sampai despite of having a heavy traffic at the end of the journey.

.

walaupun trip kali ini begitu singkat dan cepat sekali berlalu, walau masih tidak puas bertemu keluarga dan sahabat handai di kampong, perasaan bertemu orang-orang tersayang, dan berjumpa ibu bapa walau sekejap merupakan suatu kelegaan bagi kami sang perantau. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

.

.

Khairie Rahman

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved