ads

Ahad, 4 Mei 2014

13 di kuala berang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Kerana tersilap beri ubat, leher bayi tiga bulan bernanah <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 01 May 2014 06:17 AM PDT

KEADAAN leher Che Wan Nurfalysa Emeylie Sofea yang berair dan kemerahan.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sudah menghantar doktor pakar untuk melihat keadaan seorang bayi berusia tiga bulan yang pipi serta lehernya berair dan kemerahan sejak 10 hari lalu, dipercayai akibat krim yang diberi sebuah klinik kesihatan di Kuala Berang.

Pengarah jabatan Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, pihaknya sudah menghantar doktor pakar untuk melihat keadaan bayi itu itu dari semasa ke semasa.

"Kita juga sedang membuat siasatan lanjut serta memberi rawatan kepada bayi berkenaan," katanya di sini, semalam.

Ibu bayi itu, Norkartini Embong, 32, dari Kampung Batu 21 berkata, dia diberi sejenis krim untuk disapu pada ruam pada muka anaknya, Che Wan Nurfalysa Emeylie Sofea Che Wan Mohd Fadli, ketika mendapatkan rawatan imunisasi di sebuah klinik kesihatan di sini, pada 20 April lalu.

Norkartini menunjukkan pipi dan leher bayinya yang kemerahmerahan, berair serta bernanah dipercayai akibat kesilapan ubat diterimanya dari sebuah klinik kesihatan.-Sinar Harian

Katanya, hari pertama dia menyapu ubat itu, pipi anaknya merah manakala kawasan ruam menjadi berair dan selepas tiga hari menyapu krim berkenaan, leher anaknya pula kemerahan sebelum dia mengambil keputusan berhenti menggunakan ubat itu.
"Ruam pada muka mula mengeluarkan nanah manakala leher berair dan kemerahan. Saya ke farmasi serta klinik swasta untuk mendapatkan kepastian ubat yang digunakan itu. -Harian Metro

Pipi, leher bayi bernanah

"Bukan setakat pipi, leher bayi saya juga berair, bernanah dan kemerah-merahan sejak 10 hari lalu. Mungkin kerana sakit kesan daripada tersilap ubat, dia kerap menangis," kata Norkartini Embong, 32.

Menurut ibu lima anak ini, keadaan anak bongsunya itu, Che Wan Nurfalysa Emeylie Sofea Che Wan Mohd Fadli, 3 bulan, amat meruntun jiwanya, apatah lagi ia dipercayai berpunca daripada kesilapan ubat dari sebuah klinik kesihatan.

"Pada 20 April lalu, lebih kurang jam 8 pagi saya telah ke klinik tersebut untuk temu janji di bahagian ibu dan anak untuk suntikan imunisasi bayi.

"Disebabkan ada ruam susu di bahagian pipi anak, doktor turut jalankan pemeriksaan sebelum berikan slip ubat untuk diserahkan ke bahagian farmasi," katanya.

Kata Norkartini, pada sebelah malam, dia sapukan krim 'Miconazole' di bahagian muka anaknya itu sebagaimana keterangan diberikan pegawai farmasi.

"Keesokan paginya, saya lihat muka anak saya jadi kemerah-merahan," katanya.

Menurutnya, kerana menganggap ia mungkin tindak balas ubat, dia terus sapukan ubat tersebut kepada anaknya.

"Alangkah terkejutnya saya apabila keesokan harinya pula didapati bukan sahaja terdapat biji kecil yang bernanah di bahagian pipi anak saya, tetapi seluruh lehernya turut kemerah-merahan. Dia juga kerap menangis.

"Saya merujuk kepada sebuah klinik swasta serta farmasi dan ternyata tekaan saya tepat kerana dimaklumkan ubat diterima itu sememangnya tak sesuai untuk bayi," katanya.

Kata Norkartini, dia turut membawa anaknya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) bagi dapatkan rawatan setelah keadaan bayinya itu semakin teruk dan jawapan sama diterimanya iaitu silap bagi ubat.

"Sudah hampir dua minggu, keadaan bayi saya begini. Saya agak terkilan dengan kejadian menimpa anak bongsu saya ini dan keadaan ini boleh dikatakan sebagai kecuaian. Diharapkan perkara ini tidak berulang kepada mana-mana bayi.

"Kerana kesal dan sedih atas apa yang berlaku, saya turut membuat laporan polis pada 24 April lalu serta menghantar surat aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu pada Isnin baru ini iaitu sehari selepas membawa anak saya mendapatkan rawatan di HHT," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman ketika diminta mengulas kejadian tersebut berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan telah menghantar doktor serta kakitangan berkaitan memantau serta merawat bayi terbabit.-Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved