ads

Ahad, 4 Mei 2014

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


teganuku: Seorang Penuntut UiTM Maut Manakala Rakannya Parah <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 12:02 PM PDT

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut manakala seorang lagi rakanya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 93.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan petang kelmarin.

Jurucakap polis berkata mangsa yang terkorban ialah Ahmad Saiful Asyraf Aminuddin, 19, penuntut UiTM Kampus Kuala Terengganu, Chendering manakala rakannya Syed Adaham S. Azhar, 19, dari kampus yang sama cedera parah.

Katanya kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika dua sahabat itu dalam perjalanan pulang ke kampus selepas bercuti di kampung mereka di Pahang.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang dua sahabat itu gagal mengelak sebuah Perodua Myvi dipandu Mohd Zuain Azmi, 24, yang sedang membuat pusingan-U, lalu merempuh bahagian sebelah pintu pemandu kereta itu

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan rakan mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Katanya mayat mangsa yang berasal dari dari Kampung Jeram, Beserah Kuantan itu dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala pemandu kenderaan terbabit seorang Penyelia Mekanikal yang bertugas di sebuah syarikat petrokimia di Kerteh tidak mengalami sebarang kecederaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved