Khamis, 1 Mei 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Rafizi garang di Keningau, Main kotor bila nak kalah <b>di Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 11:58 PM PDT


Majlis Temu Mesra Kempen Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Restoran Roof Top Garden, Hotel Sento Keningau telah diadakan semalam.

Namun sambutan tidak berapa menggalakan dengan hanya 85 orang ahli2 PKR Keningau dan Pensiangan yang hadhir. Ini hanya menggambarkan PKR di Sabah serupa menunggu ajal.

Majlis hanya di panaskan oleh kata-kata pembantu Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli.

Dalam pemilihan ini, Rafizi memberi sokongan penuh kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden. Kononnya beliau berpengalaman luas dan sanggup berjuang di dalam parti dalam apa jua suasana.

Dalam majlis di Keningau, Rafizi secara terbuka menembak YAB Menteri Besr Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Azmin Ali kerana mereka tidak bersehaluan. Dia menyalahkan Khalid dengan krisis seperti isu air dan isu bible. Azmin dikatakan mempunyai masalah tertentu.

Itu di Sabah tapi lain pula keberanian Rafizi di kemaman di mana Rafizi dikatakan akan kalah untuk jawatan Ketua Cabang Kemaman. 


Memandangkan prospek dia gelap, kem Rafizi di Kemaman telah melakukan provokasi untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Menghidu kekalahan ketika proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, mereka membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

"Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

"Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang."

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

"Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads