13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
Air Terjun Sekayu Dan Sejarah <b>Hulu Terengganu</b> | kujie2.com Posted: 21 Jan 2014 05:10 PM PST sekayu comel, zaman berzaman Kerana lirik lagu Iklim itulah saya teringin nak menjejak kaki ke Air Terjun Sekayu. Selepas pusing Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal dan balik ke Hulu Terengganu melalui Kampung Iman Lapar dan Kampung Nasi Dingin, kami ke Hutan Lipur Sekayu. Alang-alang suami bekerja di Terengganu, kena ambil peluang menerokai setiap ceruk negeri. Rujukan dari laman web Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama 'Ling Wai- Tai Ta' karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang. Negeri itu (Foloan) berjiran dengan 'Peng-Heng' (Pahang), 'Teng-yanu' (Terengganu) dan 'Ci-lan-tan' (Kelantan) Macam tu lah sejarah Hulu Terengganu. Hutan Lipur Sekayu atau Air Terjun Sekayu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Lokasi Hutan Lipur Sekalu – GPS 4.966098,102.954666. Jaraknya lebih kurang 16 KM dari Pekan Kuala Berang atau 56 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu. Memandu lebih kurang 30 minit bukanlah lama sangat. Tiket masuk ke Hutan Lipur Sekayu:
Waktu Kutipan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kalau datang ramai dan bawa peralatan untuk berkelah, berkhemah boleh sewa troli supermarket tu. Ada juga beberapa chalet untuk disewa. Selepas pintu masuk ada laluan bertar disepanjang jeram sungai. Hutan Lipur Sekayu telah dirasmikan pada tahun 1985 dan kunjungan saya bulan November 2013 , kebanyakkan bangunan seperti dewan terbuka, wakaf , jambatan agak uzur dan kerja-kerja membaiki sedang dilakukan. Air Terjun Sekayu dilengkapi dengan Sistem Siren Amaran Awal Aliran Air Deras atau kita panggil kepala air. Kalau tengah mandi dan kedengaran bunyi siren, cepatlah keluar dari sungai dan naik ke tebing yang tinggi. Jangan nak degil sangat kerana tempat ini kerap meragut nyawa dengan kejadian mati lemas. Jambatan ini tidak boleh dilalui lagi, sedang dalam proses dibaiki dan menaiktaraf. Kami tak masuk jauh ke dalam , hanya duduk-duduk di bawah redupan pokok yang tinggi menjulang di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Saya tak tahu apa nama binatang ni. Comel je dengan kepala warna merah. |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan