Khamis, 15 Mei 2014

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di hulu terengganu</b> - Google Blog Search

Posted: 01 May 2014 03:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Air Terjun Sekayu Dan Sejarah <b>Hulu Terengganu</b> | kujie2.com

Posted: 21 Jan 2014 05:10 PM PST

sekayu comel, zaman berzaman
sekayu comel, zaman berzaman
na na na na na terengganu kita

Kerana lirik lagu Iklim itulah saya teringin nak menjejak kaki ke Air Terjun Sekayu. Selepas pusing Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal dan balik ke Hulu Terengganu melalui Kampung Iman Lapar dan Kampung Nasi Dingin, kami ke Hutan Lipur Sekayu.

Alang-alang suami bekerja di Terengganu, kena ambil peluang menerokai setiap ceruk negeri.  Rujukan dari laman web Pejabat  Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama 'Ling Wai- Tai Ta' karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178.  Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan 'Peng-Heng' (Pahang), 'Teng-yanu' (Terengganu) dan 'Ci-lan-tan' (Kelantan)

Macam tu lah sejarah Hulu Terengganu.

Hutan Lipur Sekayu atau Air Terjun Sekayu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Lokasi Hutan Lipur Sekalu – GPS 4.966098,102.954666.   Jaraknya lebih kurang 16 KM dari Pekan Kuala Berang atau 56 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.  Memandu lebih kurang 30 minit bukanlah lama sangat.

Tempat menarik di Terengganutiket masuk hutan lipur sekayu

Tiket masuk ke Hutan Lipur Sekayu:

  • Dewasa – RM 2.00
  • Kanak-kanak – RM 1.00
  • Sewa Troli – RM 3.00

Waktu Kutipan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kalau datang ramai dan bawa peralatan untuk berkelah, berkhemah boleh sewa troli supermarket tu. Ada juga beberapa chalet untuk disewa.

Tempat menarik di Terengganuair terjun sekayu

Selepas pintu masuk ada laluan bertar disepanjang jeram sungai.

Hutan Lipur Sekayu telah dirasmikan pada tahun 1985 dan kunjungan saya bulan November 2013 , kebanyakkan bangunan seperti dewan terbuka, wakaf , jambatan agak uzur dan kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.

Tempat menarik di Terengganuhutan lipur sekayu terengganu

Air Terjun Sekayu dilengkapi dengan Sistem Siren Amaran Awal Aliran Air Deras atau kita panggil kepala air. Kalau tengah mandi  dan  kedengaran bunyi siren, cepatlah keluar dari sungai dan naik ke tebing yang tinggi.  Jangan nak degil sangat kerana tempat ini kerap meragut nyawa dengan kejadian mati lemas.

Tempat menarik di Terengganuair terjun sekayu terengganu

Jambatan ini tidak boleh dilalui lagi, sedang dalam proses dibaiki dan menaiktaraf.   Kami tak masuk jauh  ke dalam , hanya duduk-duduk di bawah redupan pokok yang tinggi menjulang di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu.

Tempat menarik di Terengganuhutan lipur sekayu

Saya tak tahu apa nama binatang ni. Comel je dengan kepala warna merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads