ads

Khamis, 15 Mei 2014

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


10 pertubuhan <b>di Kemaman</b> bantah "Himpunan Haram 1 Mei".

Posted: 24 Apr 2014 08:07 PM PDT

24 MEI - Sepuluh pertubuhan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Kumpulan Suara Anak Muda Kemaman" hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan dan perarakan haram yang dipercayai anjuran parti pembangkang yang akan diadakan di ibu negara pada 1 Mei ini.
10 buah Pertubuhan yang terlibat di bawah "Kumpulan Suara Anak Muda Kemaman" itu ialah Majlis Belia Daerah Kemaman, GPMS Kemaman, Persatuan Silat Kemaman (PERSIK), Majlis Belia Felda Negeri Terengganu, 4B Kemaman, MAYC Kemaman, Puteri UMNO Kemaman, Pemuda UMNO Kemaman, Pekida Kemaman dan BATAS Kemaman.
10 laporan polis telah dibuat pada pukul 10.00 pagi oleh pemimpin-pemimpin pertubuhan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman (IPD) yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Belia Felda Terengganu yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Fauzi Mat Adam.
Antara yang turut kelihatan di Balai Polis Kemaman termasuklah Pengerusi Majlis Belia Kemaman, Sdr. Mohamad Izham Ahmad, Ketua Puteri UMNO Kemaman, Pn. Shaheda bt Jusoh, Ketua Penerangan 4B Kemaman, Supian Museri, Ketua Penerangan Pemuda Kemaman, Hashim Ali dan Ketua Penerangan GPMS Kemaman, Marwari Mohamad.
Mereka menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai 'Perarakan Haram Bantah Sampai Tumbang' yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Untuk rekod, program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.
"Kumpulan Suara Anak Muda Kemaman" juga mengesyorkan supaya mereka memohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berhimpun dan mematuhi sepenuhnya undang-undang negara kita untuk berhimpun. Jika pihak penganjur gagal mematuhi akta tersebut dan sekiranya diteruskan maka ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kumpulan ini juga menganggap perhimpunan haram membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) itu tidak wajar diadakan kerana hanya menimbulkan lebih banyak masalah daripada kebaikan. Perkara berhubung GST ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara lebih baik dan bukannya dengan mengajak rakyat untuk berhimpun di jalanan dengan jumlah yang sangat ramai dan tidak terkawal.
Mereka juga berpendapat sepatutnya pihak pembangkang yang terlibat boleh menggunakan Parlimen sebagai tempat meluahkan sebarang rasa tidak puas hati. Selain itu, perhimpunan haram itu nanti mampu memberikan kesan buruk kepada sosio ekonomi negara khususnya kepada rakyat biasa. 
Perhimpunan dan perarakan haram yang dianjurkan oleh pembangkang dengan target seramai 100 000 orang penyertaan di sekitar ibu kota hanya akan menyusahkan orang ramai, peniaga termasuk pemandu teksi.
"Kita sudah pun kekurangan bilangan pelancong dari luar negara selepas insiden kehilangan pesawat MH370. Jangan ditambah lagi dengan perhimpunan jalanan haram yang akan menakutkan pelancong dari luar untuk datang ke sini."
Oleh yang demikian, 10 pertubuhan di Kemaman ini mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak awal dalam mengekang penganjuran perhimpunan haram yang dirancang itu. Kami mohon KDN dan polis bertindak tegas terhadap mereka yang menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu.
"Tidak perlu takut untuk bertindak terhadap mereka ini yang jelas hanya mahu memburukkan nama negara di mata dunia dengan mengadakan perhimpunan jalanan yang pasti mendapat liputan daripada agensi berita dari luar Negara."
Dalam pada itu, 10 pertubuhan yang mewakili golongan muda di Kemaman ini juga yakin bahawa GST akan memberi implikasi positif kepada nilai eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apabila GST dilaksanakan kelak, eksport akan meningkat 0.5 peratus kerana barang-barang eksport akan jadi murah dan kompetitif, dan KDNK secara keseluruhan akan meningkat kepada 0.3 peratus.
Untuk rekod, struktur GST di Malaysia merangkumi pengecualian terhadap pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang bertujuan memenuhi keperluan rakyat di negara ini. Ini berbeza di Singapura yang mengenakan GST ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan serta rumah kediaman.
Mereka juga yakin, pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus akan membawa impak jangka panjang kepada pembangunan Negara. Kadar GST serendah enam peratus yang ditetapkan kerajaan adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pengurangan cukai individu, cukai korporat dan bantuan kewangan tunai.
Oleh yang demikian, mereka mengajak semua rakyat tidak keliru dengan permainan licik pembangkang yang sentiasa berusaha mengelirukan rakyat hanya semata-mata untuk mengekalkan sokongan politik kepada mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved