Rabu, 9 April 2014

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Warder Penjara lemas <b>di</b> Lata Papan, Payong, <b>Setiu</b>. - teganuki ta

Posted: 01 Apr 2014 03:57 PM PDT

Oleh: Aminudin Ismail. 

SEORANG pemancing yang dihanyutkan air deras sungai (kepala air) ketika memancing di Lata Papan, Payong, Sungai Tong, Setiu petang semalam dijumpai meninggal dunia kurang satu setengah kilometer dari tempat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi tadi. (2hb April 2014).

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang semalam di mana mangsa seorang Pegawai Penjara Pusat Koreksional Dungun dan berasal dari Johor itu bersama lima rakanya ke tempat kejadian untuk memancing.


Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Abdul Rahman Raja Mohamed berkata, ketika mangsa yang berusia 34 tahun itu sedang memancing tiba-tiba hujan lebat berlaku di bahagian hulu tempat itu.

"Ini menyebabkan berlakunya kepala air, mangsa terus terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan oleh air yang deras itu," katanya.

Abdul Rahman berkata, selepas itu usaha mencari dilakukan oleh kawan-kawan mangsa tetapi tidak menjumpai mangsa sehinggalah gerakan mencari dilakukan dengan bantuan Polis.

"Pada jam kira-kira 1.30 pagi, akhirnya mangsa yang ditemui lemas dan meninggal dunia kira-kira jarak kurang satu setengah kilometer dari tempat kejadian," katanya.

Mayat mangsa kini berada di Hospital Setiu, kata seorang anggota Polis yang bertugas di IPD Setiu ketika dihubungi pagi ini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads