13 di dungun - Google Blog Search |
Ketengah Properties Bangunkan 500 Unit Rumah <b>Di Dungun</b> Posted: 23 Mar 2014 09:20 PM PDT Ketengah Properties Bhd, unit di bawah Ketengah Holding Sdn. Bhd., yakin dapat menyiapkan 500 unit projek perumahannya di dua lokasi di Dungun iaitu Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Bukit Besi pada suku kedua 2016. Ketengah Holding merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud, berkata projek perumahan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM50 juta itu menawarkan dua jenis rumah iaitu rumah mampu milik dan sederhana. "Di Wilayah Ketengah ada beberapa institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara Kampus Bukit Besi, Kolej Ketengah dan Pusat Giat Mara Ketengah di mana kita melihat pembangunan sudah ada di sana. "Dengan wujudnya institusi pendidikan ini akan ada satu permintaan yang tinggi terhadap projek perumahan di mana terdapat golongan professional dan pelajar untuk mendiami di kawasan sekitar," katanya semalam. Menurutnya, penduduk sekitar di Wilayah Ketengah akan diberi keutamaan terlebih dahulu untuk membeli unit rumah tersebut apabila projek tersebut disiapkan selari dengan fungsi Ketengah untuk memaju, menggalak, merancang dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Terengganu Tengah. Beliau turut menjelaskan bahawa Ketengah Properties akan mempelawa syarikat pembinaan dari luar untuk membantunya dalam membangunkan projek perumahan tersebut sekiranya mereka ada mempunyai masalah. "Jika kami tidak mampu, mereka (syarikat kontraktor) akan dipelawa untuk membantu kami bagi memastikan projek perumahan tersebut siap dalam tempoh yang telah kami sasarkan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di dungun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan