Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang?Sop pernah melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini tetapi semasa rombongan sekolah semasa sekolah rendah iaitu 25 tahun yang lepas :)
Kami selalu melalui Rantau Abang ini tetapi tidak pernah singgah untuk melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang. Baru-baru ini, ketika perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, kami telah singgah minum di restoran berhampiran dengan Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini.
Setelah minum pagi, kami sekeluarga terus singgah di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini. Pengalaman berharga buat anak-anak melihat penyu dan mendapat maklumat berkaitan dengan penyu. Azfar dan Azwar agak teruja dengan lawatan ini.
Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang tidaklah besar tetapi cukup untuk memamparkan maklumat mengenai penyu. Di dalam Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ada diletakkan beberapa ekor penyu untuk tatapan pelawat. Jika dulu (semasa lawatan sekolah), memang ada kolam yang menempatkan penyu yang besar di dalam Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini. Sekarang ini, hanya anak penyu dengan kolam kecil sahaja di dalam Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini. Namun begitu, sekurang-kurangnya Azfar dan Azwar boleh melihat lebih dekat penyu hidup.
Selain itu, Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang menyediakan pelbagai maklumat tentang penyu seperti sejarah, aktiviti, laporan media dan sebagainya terutama berkaitan penyu di Rantau Abang.
Di luar bangunan Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini, terdapat 2 kolam yang mengandungi beberapa ekor Tuntung Laut.
Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini dibuka pada hari Ahad hingga Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pada hari Khamis, Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang dibuka separuh hari sahaja iaitu sehingga jam 3.30 petang. Cuti am dan cuti umum Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang akan ditutup. Bayaran masuk ke Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ialah PERCUMA.
Bagi yang melancong ke Terengganu, pastikan singgah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan penyu terutama di Rantau Abang.
Galeri gambar:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan