Isnin, 14 April 2014

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Polis Buru 11 Individu Terlibat Dalam Kes Pergaduhan <b>Di Marang</b>

Posted: 10 Apr 2014 07:47 PM PDT

Polis sedang memburu 11 individu yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Kampung Wakaf Tapai Marang, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K.Manoharan berkata sehingga kini lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan dan polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang berasal dari Marang dan Kuala Terengganu.

"Kita telah berjaya menahan empat lelaki dan seorang remaja perempuan dan gerakan memburu kesemua suspek berusia 20-an hingga 30-an sedang giat dijalankan," katanya.

Selasa lalu, dua lelaki cedera dilibas dengan parang ketika dua kumpulan berkenaan berbincang berhubung masaalah hutang dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam.

Sementara itu, Manoharan berkata polis sedang memburu seorang lelaki yang memecah masuk Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Perhutanan dan Pejabat Pertanian terletak di Wisma Negeri di Kuala Terengganu awal pagi Isnin.

Kejadian itu mengakibatkan kerugian kira-kira RM5,000 selepas wang tunai, barang kemas dan barang runcit milik kakitangan JPS terletak di tingkat lapan wisma berkenaan dilarikan penjenayah berkenaan. 

Manoharan berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dilakukan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads