Rabu, 26 Mac 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong Perbadanan Memajukan Iktisad <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2006 11:11 AM PDT

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dengan ini akan mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia Kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut) :

▶ Penolong Juruukur (JA29)
▶ Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa (JA29)
▶ Penjaga Jentera Elektrik (J17)
▶ Pembantu Kemahiran (H17)
▶ Pemandu Kenderaan (H11)

jawatan kosong Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April,1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu (Bil.3/1965). Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991 – 2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT juga turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui syarikat-syarikat anak.

Cara Memohon (Klik untuk memohon)


Pemohon yang berminat mengisi jawatan kosong di PMINT perlu mengisi borang permohonan secara online melalui Sistem e-Jawatan PMINT. Maklumat lanjut jawatan kosong PMINT boleh didapati disini.

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu

Tel: 609 – 627 8000
Faks: 609 – 623 3880
Email: admin@pmint.gov.my

Tarikh tutup permohonan : 3 April 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads