ads

Rabu, 26 Mac 2014

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Kilang Ais Kiub <b>di Pulau Perhentian</b> Bertambah Maju - teganuki ta

Posted: 25 Mar 2014 08:50 PM PDT

Oleh: Suriati Ali

Kilang Ais Kuib milik Koperasi Bersatu Jaya (KPJ), di Pulau Perhentian, Besut kini bertambah maju apabila mampu meraih pendapatan bulanan sehingga RM40,000 berbanding hanya RM15,000 sebulan sebelum ini.

 Pertambahan pendapatan itu didorong hasil permintaan menggalakkan daripada pelanggan, terutama pengusaha restoran, pemilik chalet, resort, kedai runcit dan warung kopi di pulau itu dan Pulau Redang.

 

 Perkembangan positif itu mendorong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan geran bantuan kira-kira RM200,000 kepada koperasi itu awal tahun lalu, bagi membina kilang baru dan membeli mesin.

 Sebelum ini, kilang lama milik koperasi itu hanya mampu menghasikan ais kiub sehingga 3,000 kilo sebulan atau anggaran pendapatan kira-kira RM15,000.


Pengarah, SKM Terengganu, Mahmud Kadar berkata, pihaknya bangga dengan kemajuan koperasi itu di mana ahlinya tidak berputus asa memajukan perniagaan walaupun menyedari pelanggan yang ada agak terhad.

"Pihak kami berharap ahli koperasi termasuk penduduk di pulau itu mengambil peluang dengan peniagaaan itu dengan mengusahakan beberapa cabang bidang perniagaan lain.

"Mereka boleh mengusaha perniagaan makanan sejuk beku, menjual cenderahati, pakaian, dan membuka pasar mini sebagai langkah menarik minat pelancong mengunjungi kawasan kampung di pulau itu.

 "Peluang seumpama ini sewajarnya direbut penduduk sebelum ada pihak luar berminat untuk meluaskan pasaran perniagaan masing-masing di pulau ini," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang itu, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Roslee Daud.

Sementara itu, Pengerusi KBJ, Seman Muda, berkata pihaknya berasa cukup bertuah kerana kerajaan melalui SKM tidak pernah jemu membantu KPJ, sama ada berbentuk pinjaman, bantuan modal dan sokongan moral.

"Tanpa bantuan itu, , tidak mungkin kilang ais kiub dapat dibina baru. Hasil bantuan sama, pendapatan seramai 285 ahli bertambah selain mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Perancangan KBJ cukup banyak, termasuk menceburi bidang makanan sejuk beku dan membuka perniagaan kedai runcit semata-mata mahu meningkat jumlah pendapat ahli selain meningkat jumpah pelancong di perkampungan pulau," katanya .

 

"tiada kata secantik bahasa": percutian <b>di pulau perhentian</b>.:)

Posted: 22 Mar 2014 08:22 AM PDT

salam baru hari ini berkesempatan nak update blog tentang percutian di pulau perhentian beberapa minggu lepas. menarik jugak tempat ni. alhamdulillah syukur kerana dapat rezeki untuk kenal pulau dekat daerah sendiri. paling tak tahan mabuk laut masa nak pergi snorkeling. mungkin salah makan kot sampai rasa loya semacam saja. sesampai di sana pergi ambil kunci dekat reception "ombak resort". ok la resort tu. ok tak nak cakap banyak just nak kongsi gambar yang kami tangkap kat sana..hehe. gambar ni time baru sampai dekat pulau.

                                                        yang ni dari arah shari la resort.
ni cantik kan.serius aku suka sangat tengok pemandangan ni.subhanallah.


sempat lagi tunggu sunset.


bot dikerah tuntuk cari mh370.hehe

                                             

masa snorkeling. giler takut masa tengok kat bawah. air dalam sungguh. dah la takut air.tapi buat-buat steady. dapat tengok ikan nemo yang kecik comel. syukur sangat diberi rezeki pergi pulau. tengok keindahan ciptaaan Allah yang sangat2 cantik. terima kasih untuk suami tersayang..:)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved