ads

Selasa, 18 Februari 2014

13 di kerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


RemBa@Pjs: Stesen Minyak <b>Di Kerteh</b> Disamun Waktu Solat Jumaat

Posted: 15 Feb 2014 06:41 AM PST

KEMAMAN: Seorang lelaki menyamun sebuah stesen minyak di Kerteh ketika waktu solat Jumaat dan melarikan wang tunai lebih RM1,000.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari ketika hanya terdapat dua pekerja wanita di dalam kedai serbaneka di stesen tersebut, sementara pekerja lelaki telah keluar mengerjakan solat.
Juruwang Nor Salwani Marwan berkata lelaki tersebut sempat membeli air minuman sebelum melakukan rompakan
.
"Selepas membayar minumn tersebut, lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu masuk semula ke dalam kedai dan membawa sebotol cecair yang didakwanya megandungi asid dan terus meluru ke arah saya di kaunter juruwang dan memberi kata dua kepada saya sama ada saya serahkan wang atau dia akan simbah asid kepada saya," katanya.
Beliau berkata beliau yang ketakutkan terus menyerahkan wang yang terdapat di dalam tempat menyimpan wang.
Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan motosikal Yamaha 125Z berwarna putih.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kerteh.
Pihak polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis tersebut, katanya. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved