Pantai Kemasik ni ada tempat makan sotong celup tepung yang sedap
saya tak pasti mungkin ada tempat yang lagi sedap dari sini misalnya di Cherating atau Dungun..
sebab di Marang, Setiu dan KT pun biasa-biasa sahaja.
mungkin kena ketika tu saya dapat sotong yang segar..
sayang sangat sebab udang tepungnya dah habis..
cerita hal makan-makan la plak..
insha Allah memang senang nak cari Pantai Kemasik ni..
kawasan RnR tepi jalan utama ke Kemaman dan Paka, ..
ia berada di sebelah kanan jalan jika kita menghala ke Kuala Terengganu..
saya juga sempat singgah mesra mall buat pertama kalinya,
mungkin ia shopping complex terbesar di sini..
dan yang paling saya suka ialah pulau di pinggir pantai ni..
ketika itu angin sangat kuat dan ombak besar..
waktu paling sesuai untuk datang ke sini ialah pada bulan mei atau jun.
itu panduan yang saya dapat dari seorang pengusaha chalet di Marang.
kalau lalu jalan pantai ni jangan lupa singgah ke sini :)
sekian dulu, alhamdulillah
Blog pilihan entry ini:
blog ujie othman
-Fenomena Laut Terbelah Dua
-Rohingya Derita Yang Terpinggir
(**pemenang segmen review bersama blog HT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan