Rabu, 25 Disember 2013

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Guna alasan kutip derma sebelum samun <b>di Wakaf Tapai</b> <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2013 11:01 AM PST

Lelaki memakai pakaian kemas sebelum menyamun. (gambar hiasan)

Dua lelaki berpakaian kemas kononnya hendak mengutip derma untuk anak yatim mewakili sebuah syarikat bertindak mencuri wang tunai dan barang kemas di sebuah kedai runcit di pekan Wakaf Tapai, di sini, kelmarin.

Dua lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu, berpura-pura mahu membeli barang dengan memesan banyak barangan keperluan supaya dapat mengalihkan perhatian pemilik kedai, sebelum salah seorang daripada mereka menyelinap masuk ke tempat menyimpan wang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, akibat kejadian itu, seorang peniaga kedai runcit berusia 53 tahun kerugian RM9,000 apabila wang tunai dan barang kemas dilarikan dua suspek berkenaan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika mangsa berseorangan di kedainya dan hanya menyedari menjadi mangsa curi selepas kedua-dua suspek melarikan diri menaiki Proton Pesona warna kelabu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya.

"Kedua-dua suspek beri alasan mahu ambil wang dalam kereta, namun mereka  tidak muncul sebaliknya terus menghilangkan diri," katanya, semalam.

Ahmad Mazlan berkata, pihaknya percaya dua suspek terbabit turut melakukan jenayah sama di luar daerah ini dengan menjadikan kedai runcit yang agak jauh dari kesibukan orang ramai sebagai sasaran.

"Sehubungan itu, saya nasihatkan orang ramai khususnya peniaga kedai runcit supaya lebih berwaspada dengan aktiviti dua lelaki ini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 09 6181975 untuk membantu siasatan.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads