ads

Rabu, 25 Disember 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


MeggiKetam Memang Popular <b>Di Kuala Besut</b> | Syira

Posted: 28 Aug 2013 08:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MeggiKetam Memang Popular Di Kuala Besut. Hari ini sudah 8 bulan syira tinggal di Jerteh. Setiap kali berjalan-jalan ke Kuala Besut, syira nampak memang banyak kedai yang menaikkan menu Meggi Ketam. Syira hanya ...

Kemenangan UMNO/BN <b>di Kuala Besut</b>, tidak setimpal pemberian <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2013 09:02 PM PDT

lksKUALA LUMPUR, 26 JULAI: Majoriti undi yang diperoleh UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai lalu dianggap satu kegagalan kerana tidak setimpal dengan mencurahkan pemberian kerajaan Pusat dan negeri bernilai kira-kira RM500 juta kepada pengundi di kawasan itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun UMNO/BN  berjaya mengekalkan kerusi itu, PRK Kuala Besut boleh dianggap sebagai satu daripada pilihan raya kecil termahal dalam sejarah negara ini.

Pada PRK Kuala Besut, 24 Julai lalu itu, calon UMNO/BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS, Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi iaitu dengan majoriti 2,592 undi, 158 undi lebih tinggi daripada 2,434 majoriti yang dicapai UMNO/BN pada PRU-13 lalu.

Beliau berkata, UMNO/BN dianggap pihak yang kalah paling besar kerana gagal mencapai sasaran majoriti 4,000 undi pada pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, PAS pula dianggap mencatat pencapaian yang baik di Kuala Besut kerana tiada siapa yang menjangka UMNO/BN akan kalah di kubu kuat mereka.

Bagaimanapun, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, UMNO/BN sepatutnya berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari mengundi PRK Kuala Besut, pada Rabu menyebabkan majoriti undinya meningkat dan peratusan keluar mengundi merosot sebanyak 1,193 orang atau 79.78% berbanding 87% pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

"Jika peratusan keluar mengundi tinggi dan sebahagian besar pengundi pulang ke Kuala Besut untuk mengundi calon PAS, majoriti undi UMNO/BN mungkin lebih rendah daripada 2,434 yang dicapai pada pilihan raya umum lalu.

"Bagi saya faktor sebenar peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan ramai pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendakwa kegagalan BN mencapai sasaran majoriti 4,000 undi di Kuala Besut kerana penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang menyebabkan mereka tidak keluar mengundi.

Katanya, Muhyiddin juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak tujuh peratus itu disebabkan rentak hidup yang lebih perlahan pada bulan Ramadan.-Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved