13 di pulau kapas - Google Blog Search |
- Percutian <b>di Pulau Kapas</b>, Terengganu | Luqman Zakaria
- BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search
- YunAc Diariess...: <b>Pulau Kapas</b>
Percutian <b>di Pulau Kapas</b>, Terengganu | Luqman Zakaria Posted: 21 Sep 2013 05:37 AM PDT Assalamualaikum. Untuk Edisi Travelog pada kali ini, aku ingin membawa korang semua menjelajah Pulau Kapas yang terletak kira kira 6 kilometer dari persisiran pantai Marang, Terengganu. Mengambil jurusan pengurusan pelancongan ketika belajar dahulu memberi peluang kepada aku dan kawan kawan menjejakkan kaki di Pulau Kapas untuk merasai sendiri pengalaman menyelam dan meneroka hidupan laut yang sangat awesome. AIr yang jernih dan bersih menjadikan pulau kapas salah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti snorkelling. walaupon aku tidak tahu berenang, Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Rasanya tak perlu describe kegembiraan dorang.tengok muka semua pon dah tahu. Semua orang menikmati aktiviti snorkelling termasuk aku tapi kesian juga pada diri sendiri sebab terpaksa berpaut pada tali bila nak snorkelling dengan reaksi muka yang tidak boleh digambarkan. Aku pernah buat buat pandai berenang tapi ibu jari kaki terkena duri landak laut pulak. Alhamdulillah tak ada apa apa. Masih mampu feeling feeling titanic seorang diri walaupon kaki mengalami sedikit kecederaan. Sebenarnya tengah kecewa masa nih, jeles tengok kawan kawan berenang bebas di lautan biru. Aku pulak terpaksa duduk atas bot sambil tengok mereka mereka semua kuak kupu kupu dalam laut mencari ikan duyung yang cantik macam Neelofa. eh! dan akhirnya kitorang jumpa ikan duyung itu. tapi tak sama pun macam Neelofa. Aktiviti snokerlling dilakukan sebanyak dua sesi, pagi dan petang. Tanning session pulak sepanjang hari. hehs. Apa yang boleh aku conclude, aktiviti ini sangat memenatkan tapi pada masa yang sama ianya menyeronokkan. Sebelum meninggalkan Pulau kapas, Kitorang bergambar secara berirama (Ramai ramai) untuk kenang kenangan. kitorang stay di pulau kapas selama satu hari sahaja dan selepas itu meneruskan jelajah ke Masjid Kristal, pekena nasik kukus dan shopping keropok losong di terengganu. Aku harap entry ini cukup untuk meyakinkan korang bahasawanya Pulau kapas juga merupakan salah satu destinasi menarik yang boleh dikunjungi. | ||
BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search Posted: 30 Nov 2013 03:27 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
YunAc Diariess...: <b>Pulau Kapas</b> Posted: 30 Oct 2013 12:40 AM PDT Percutian Ke Pulau Kapas, Kuala Terengganu Kali ini kami bercuti di Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Kami bertolak 10.30 pagi pada 25 April 2013 (Khamis). Kami sampai Jeti P.Kapas dalam pukul 7.00 ptg. Lebih kurang 8jam atau 9jam jugak untuk sampai ke Jeti Pulau Kapas. Tujuan kami ke sana adalah untuk melakukan aktiviti candat sotong. Aktiviti candat sotong ni bukan sepanjang tahun je ada. Ianya ikut musim jugak dan di lakukan pada waktu malam kerana sotong suka pada cahaya. Masa kami pergi memang tepat sangat pada musim sotong tengah banyak. Sebelum jauh saya cerita tentang Pulau Kapas, lebih baik saya tunjuk budget kami ke sana. Budget Pulau Kapas (pergi & balik)( 7 orang) 1. Petrol( Kereta Proton Saga FLX 1.3) = RM 150 Petrol( Kereta Perodua Myvi 1.3) = RM 150 2. Tol ( Kereta Proton Saga FLX 1.3) = RM 100 Tol ( Kereta Perodua Myvi 1.3) = RM 100 3. Pakej Dengan Makcik Gemuk - Aktiviti candat sotong(utk 7 org) dan transfer bot laju pergi & balik daripada Pulau Kapas - Jeti - Pulau Kapas = RM 650 - 2 bilik chalet aircond tanpa breakfast (3 hari 2 malam) (makcik gemuk resort) (RM 90 satu malam) = RM 360 4. Snorkeling (RM 25 * 7) = RM 175 5. Makan (RM50 seorang) = RM 350 JUMLAH = RM 2,035.00 Kami sampai di Jeti Pulau Kapas dalam pukul 7.00 petang dan kami memilih untuk terus pergi candat sotong. Kami check in ke makcik gemuk resort dalam pukul 2.00 pagi setelah penat mencandat sotong. Petua sebelum mencandat sotong. Sila sediakan ubat pil mabuk laut kerana di tengah laut confirm mabuk lauk tak kira la terror ke tak pasti pening kepala. Betapa clearnya air laut sehingga boleh di lihat dengan mata kasar walaupun tidak memakai google. Tetapi kalau pergi ke Pulau Kapas pastikan bawa makanan sendiri kerana makanan di sini sangat mahal. Tambahan suasana di malam hari di Pulau Kapas memang sunyi. So agak bosan la kalau datang berdua. Kalau yang nk honeymoon tu ok la. |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan