Ahad, 15 Disember 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Banjir: TNB tutup 246 pencawang <b>di Kemaman</b> — HarakahDaily

Posted: 05 Dec 2013 04:00 PM PST

KEMAMAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menutup 246 daripada lebih 500 pencawang di daerah ini berikutan banjir yang melanda.

Pengurus Besar TNB Terengganu Ir Saharenam Mukhtar berkata berikutan itu, sebahagian kawasan di Kemaman dan satu di Dungun terputus bekalan elektrik sejak Selasa.

"Penutupan itu membabitkan lebih 11,000 pengguna yang hanya dibuat di pencawang yang terletak di sekitar bandar Cukai, Air Putih, Neram dan Hulu Dungun.

"Kita harap pengguna bersabar kerana pencawang berkenaan akan dibuka semula jika keadaan banjir semakin surut. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada penyerahan sumbangan bantuan TNB berupa keperluan asas kepada pegawai daerah Kemaman untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Bantuan itu berupa air mineral, beras, lampin pakai buang, minyak masak dan sardin yang diserahkan kepada Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman.

TNB meminta orang ramai menghubungi talian aduan di nombor 15454 jika menghadapi kesulitan.

Dalam perkembangan lain, Saharenam turut menyangkal khabar angin mengenai pelepasan air di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang tersebar luas di media sosial sejak tiga hari lepas.

"Setakat pagi ini, kedalaman di situ mencatat 138 meter. Kedalaman maksimum Kenyir 145 meter. Jadi kalau ikutkan, kita masih lagi boleh menampung air sehingga 6 hingga 7 meter.

"Jadi khabar angin empangan melepaskan air adalah tidak benar sama sekali," katanya. – Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads