ads

Isnin, 9 Disember 2013

13 di paka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


MMI : Kejadian BUNUH <b>Di PAKA</b> , Apa Mungkin CURFEW Selepas <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2013 02:28 AM PDT

Lagi kejadian bunuh berlaku kali ini melibatkan seorang pemilik Restoran Nasi Kukus di Paka, Dungun, Terengganu.Mangsa di laporkan ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam dan terus rebah meninggal dunia ditempat kejadian.  
Kejadian di laporkan berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi Kukus kepunyaan mangsa. Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaan mangsa nombor pendaftaran CCL 5455 telah dilarikan oleh pembunuh. Polis kini sedang giat memburu sipembunuh..Baca Selanjutnya 
Semakin menjadi-jadi nampaknya kejadian bunuh yang berlaku di negara kita.Dalam masa yang sama semua pihak perlu faham dalam keadaan dan situasi sebegini seharusnya kita meletakkan kepercayaan kepada pasukan polis untuk menanganinya.
Namun MMI sendiri tidak dapat nafikan kebanyakkan rakyat sudah pun merasa gelisah dengan kejadian demi kejadian yang berlaku dan ianya memperlihatkan seolah-olah Malaysia tidak mempunyai undang-undang.
Seperkara yang harus kita ingat , para anggota polis sebenarnya sedang giat menjalankan tugas mereka bagi menangani kejadian jenayah cumanya dengan beberapa pindaan dan pemansuhan akta-akta tertentu barangkali memungkinkan kegiatan jenayah ini berlaku.
Dalam beberapa keadaan kita juga harus menerima hakikat faktor politik juga sebenarnya menyumbang kepada apa yang sedang berlaku.Politik yang tidak matang dan berdasarkan keuntungan parti semata-mata sebenarnya menjadi titik tolak kepada kekerapan berlakunya kegiatan jenayah bunuh ini.
Kita harus rasional bahawa kerakusan pembangkang dan kelemahan kerajaan mendepani isu-isu nasional seperti pemansuhan akta-akta tertentu adalah penyumbang terbesar kepada berlakunya kejadian seumpanya.
Untuk itu MMI rasa jangan hanya menuding jari kepada pasukan polis dan kerajaan semata-mata kerana pembangkang juga sebenarnya adalah pencetus kepada apa yang sedang berlaku.
Persoalannya apabila insiden ini di lihat semakin menjadi-jadi di mana suara pembangkang ? Dari pemerhatian MMI suara yang ada hanyalah menyalahkan kerajaan semata-mata sedangkan apa yang sepatutnya berlaku adalah sebaliknya.
Mengapa tidak semua pihak (pembangkang/kerajaan) duduk berbincang bagi mencari jalan menyelesaikan isu yang telah mengakibatkan rakyat semakin gelisah ? Persetankan tentang politik buat sementara waktu kerana yang lebih penting adalah kemakmuran dan keamanan yang selama ini menjadi milik kita semua.
Apa mungkin langkah mengadakan CURFEW adalah jalan terbaik menyelesaikan isu ini ?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved