ads

Isnin, 9 Disember 2013

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Dungun</b> menurun, Kemaman kekal paling ramai <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2013 03:45 PM PST

kemaman banjir
KUALA TERENGGANU, 7 Dis – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 22,040 orang malam ini berbanding 22,706 orang pada sebelah petang.

Penurunan angka ini disebabkan 620 orang mangsa di Dungun dibenarkan pulang berikutan air telah surut.

Bagaimanapun jumlah mangsa di Kemaman yang merupakan daerah paling teruk terjejas masih kekal seperti petang tadi iaitu seramai 18,676 orang daripada 4,177 keluarga.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), di Marang hanya sebuah kawasan yang terjejas dengan seramai 37 orang daripada 13 keluarga masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih.

Di Kuala Terengganu, keadaannya masih kekal dengan satu keluarga seramai enam orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Felda Belara.

Di Hulu Terengganu, keadaan yang pulih membolehkan 64 mangsa daripada 17 keluarga yang ditempatkan di Dewan Sivik Batu 24 Bukit Tok Bat dibenarkan pulang lewat petang tadi. – BERNAMA

Banjir <b>di Dungun</b> beransur pulih, Kemaman meningkat

Posted: 08 Dec 2013 09:16 PM PST

KUALA TERENGGANU:  Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 22,617 malam tadi berbanding 23,102 orang petang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MSN) di Kemaman mangsa banjir meningkat kepada 19,869 orang (4,901 keluarga) malam tadi berbanding 19,287 orang (4,723 keluarga) petang semalam.

Bagaimanapun, keadaan banjir di Dungun semakin pulih dan ramai mangsa yang berada di pusat pemindahan telah dibenarkan pulang semalam

Sehingga pukul 9 malam tadi, angka mangsa perpindahan di daerah berkenaan adalah seramai 2,719 orang (672 keluarga) berbanding 3,754 orang (936 keluarga) petang semalam.

Di Kuala Terengganu, mangsa masih kekal 6 orang (satu keluarga) dan daerah Marang 23 orang (8 keluarga).

Sementara, di Hulu Terengganu keadaan banjir semakin pulih apabila 19 orang mangsa (4 keluarga) di Dewan Sivik Batu 24 Bukit Tok Bat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya malam tadi. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved