ads

Ahad, 1 Disember 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Dinner <b>Di Kuala Besut</b> : Restoren Ikan Bakar Singgahrasa | Syira

Posted: 10 Nov 2013 08:01 PM PST

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Salah satu sebab yang membuatkan syira tidak mahu tulis entri ini ialah kerana, ketika syira sampai di Restoren Ikan Bakar Singgahrasa ini hujan baru berhenti. So ada meja-meja yang tiada atap belum di lap. Pada syira itu normal kerana hari baru lepas hujan, dan meja yang beratap banyak lagi kosong, pelanggan juga ramai yang sedang menunggu makanan, pekerja juga sibuk kesana kemari hantar pesanan.
Tiba-tiba mari bos [jika bukan bos tak tahulah sape, dah tua, nampak duk saja je, perhatikan pekerja buat kerja] terus marah-marah pekerja yang sibuk sebab belum lap meja yang basah tu. Oleh kerana syira baru sahaja sampai, dan memang tahu hujan baru sahaja stop, so bila bos marah-marah pekerja macam tu, syira terus rasa nak angkat kaki. Sungguh mengecewakan. 
Tapi syira tengok pekerja dia hanya senyum-senyum dan cepat-cepat lap meja yang basah, kemudian angkut pinggan mangkuk kotor, kemudia berlari ambil order kemudian berlari hantar order, syira sungguh sensitif. Rasa sedih dan terkilan. 
Suasana sekitar di Restoren Ikan Bakar Singgahrasa. Bahagian pintu masuk yang sunyi dan nampak malap daripada jauh. Tapi suami mahu cuba rasa makan disini. Syira ikut sahaja.




Buku menu yang diberikan. Masakan Thai dan Masakan Melayu yang ditawarkan untuk semua pelanggan. Selain itu, Western Food juga ada disediakan. Pilihlah mana yang berkenan
Hubungi Kak Joh dan Pok Li

Menjamu mata dengan dekorasi dan suasana persekitaran restoren yang agak malap dan suram. Jimat api kot. hehe








Bahagian Western Food. Banyak juga pilihan makanan yang ditawarkan, cuma syira kurang berminat. Lagipun harganya agak mahal. hehe
Sampai sudah air yang ditempah. Suami pilih teh tarik, abang syira pilih teh  dan syira order carrot susu. 


Sotong celup tepung untuk seorang makan. Boleh tahan, rasanya macam tepung goreng pisang yang di campurkan dengan butter. Ranggup dan halus-halus gitu.

Tomyam ayam untuk seorang makan. Tomyam biasa-biasa sahaja. Ayam juga sedikit sahaja. Cair dan kurang memenuhi selera syira dan suami. Kena makan juga, membazir tau.

Daging masak merah untuk seorang makan. Daging masak merahnya biasa-biasa sahaja, tidak macam masakan thailah, macam syira masak kat rumah je. haha

Secinonet nasi. Sikit sungguh nasi, sampaikan syira pun tak cukup, padahal selalunya kalau makan kat kedai, nasi syira mesti syira bagi pada suami separuh sebab banyak sangat, tapi kali ini, syira tak bagi kat suami sebab syira pun tak cukup makan. haha.
Untuk order kami malam itu, satu teh tarik, satu teh, satu carrot susu, tomyam ayam seorang makan, daging masak merah seorang makan, sotong celup tepung seorang makan dan 3 nasi putih totalnya ialah RM28.50. Syira dan suami cakap mahal. Tapi bergantung kepada oranglah. Mahal ke murah itu tengok poket masing-masing lah kot.
Tapi sekali jelah kami makan di sini. Lepas ni tak dah la...

MeggiKetam Memang Popular <b>Di Kuala Besut</b> | Syira

Posted: 28 Aug 2013 08:40 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

MeggiKetam Memang Popular Di Kuala Besut. Hari ini sudah 8 bulan syira tinggal di Jerteh. Setiap kali berjalan-jalan ke Kuala Besut, syira nampak memang banyak kedai yang menaikkan menu Meggi Ketam. Syira hanya tersenyum. Ada juga orang jual Meggi. Ish Ish... Meggi kan murah je, masak kat rumah sudahlah... haha.. tapi hari ini syira sudah terkena. Termakan juga Meggi Ketam setelah lihat banyak blog yang update mengenai keenakkan Alemy Meggi Ketam Semerak


Perjalanan Cari Kedai Alemy Meggi Ketam Semerak



Urusniaga : Mulai jam 5.00petang hingga 2.00 pagi.
Tempahan hubungi : 012-0524657 dan 019-9584657


Datang awal untuk berbuka puasa, tempah dulu sebab bila baca katanya memang lama kena tunggu. Pelanggan pun ramai. Tapi ketika syira sampai, hanya ada 4 orang pelanggan sahaja. Tapi syira tetap tempah dulu dan datang semasa hampir maghrib.


Laici ais pilihan suami. Tidak berapa manis. Memang kena dengan tekaklah. Seperti biasa, fresh orange pilihan syira. Sedap. Air pun kaw dah...haha

Meggi Ketam syira. Fuh, memang puas hati. Tengok ketam pun sudah naik juling. Agak-agak berapalah harga sekuali ni. Makan dulu, harga kita fikir kemudian. haha.. Dalam hati risau juga kot-kot satu kuali ni mahunya Rm20.00, memang masaklah.. hahaha
Kasi close up sikit. Siapa yang terliur boleh masak sendiri kat rumah. Lagi jimat. Jimat sangat-sangat. Hehe.. Sesekali merasa masakan orang pun boleh juga. huhu

Tamak.... order satu kuali seorang.... jangan risau. Suami syira kuat makan , kalau syira tak habis, biasanya suami yang akan habiskannya...sayang sekali membazir. hehe

Untuk harga satu kuali meggie ketam ini ia dikira berdasarkan berat ketam yang ditimbang. Setiap hidangan ada dua ekor ketam. Ketam memang fresh, puas hati ngatoh ketam sahaja. Meggie tu kalau tak makan pun tak pe. hehe


Jangan terkejut, meggie ketam ini bukan sekadar ada meggie dan ketam, tapi turut ada telur ayam dan 2 ekor udang besar yang segar. Memang okeylah... Cuma pada syira, cara meggie di masak tidak kena dengan selera syira. Cerewet sangat. Sebenarnya syira memang tak berapa suka makan apa yang orang masak, suka makan yang diri sendiri masak je, tapi bila suami selalu amalkan sebulan sekali makan diluar, syira pun dapatlah biasakan diri sikit-sikit. huhu.


Habis licin. Sakit gigi akibat penat gongong ketam. Masa berjalan dengan pantas. Makan dengan cepat-cepat untuk solat Maghrib lak. Bila makan rushing kenikmatan tu lain sikit. Bila siap makan, tibalah masa untuk membayarnya, semuanya hanya Rm 37.00 termasuk air. Kiranya murah lah....

Tidaklah ramai pelanggan yang datang seperti yang dipaparkan di dalam blog-blog orang lain. Mungkin gaji belum masuk kot. hehe.. Ada 2 orang pelangcong mat salleh turut menikmati meggie ketam ni. Nampak macam mereka sedikit kekok. Tapi syira hanya hadiahkan senyuman kepada mereka.

Sekian sahaja kisah syira ketika kami menikmati MeggiKetam Memang Popular Di Kuala Besut . Tapi syira cakap sudah pada suami, sekali ni je dah, lepas ni tak nak datang dah  sebab tak kena dengan selera syira. hehe.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved