Ahad, 1 Disember 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Cico Harahap Nafi Berparti & Minum <b>di Pulau Perhentian</b>, Kutip Tin

Posted: 28 Nov 2013 05:33 PM PST

Cico Harahap Nafi Berparti & Minum di Pulau Perhentian, Kutip Tin | Februari lalu, kecoh sekejap bila mana gambar Cico Harahap dikatakan sedang berpesta dan minum arak di Pulau Perhentian.
Cico yang juga putera kepada penyanyi lagenda Uji rashid ini dilihat dengan selambanya berparti memegang tin minuman keras selain bertatu di sebelah kiri bahunya.

Tidak dapat dipastikan samada ia hanya tatu sementara atau tidak, namun ia secara tidak langsung mengundang pelbagai persepsi negatif pada jejaka yang berstatus duda ini.


Selepas berbulan-bulan, Cico akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu kepada portal hiburan Rotikaya.

Jelasnya, gambar itu diambil bersama peminat yang ingin bergambar dengannya sewaktu mengutip tin di bar.

"Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam dan bila malam pula kami kerja di bar tersebut, kutip tin"

"Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya redha sahajalah," ujarnya.

sumber
http://mynewshub.my/2013/11/28/cico-harahap-saya-tengah-kutip-tin/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads