Sabtu, 30 November 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kulaan Niring: Puaka Niring : Misteri Tapak Kaki Gergasi <b>Di Marang</b>!!!

Posted: 02 Nov 2013 08:48 AM PDT

Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan menggemparkan penduduk setempat selain menimbulkan pelbagai andaian.
Beberapa kesan tapak kaki ganjil ditemui disekitar kawasan kebun kelapa sawit berhampiran hutan berhampiran. Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar.
Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan dipercayai makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki kecil. Tinjauan mendapati beberapa kesan tapak kaki gergasi ini jelas kelihatan walaupun telah hujan sedikit sebanyak merosakkan kesan.
Menurut penduduk kampung kesan tapak kaki gergasi ini mula dijumpai sekitar tahun 80an sehingga kini makhluk yang memiliki tapak kaki ini tidak pernah di tangkap walaupun ada sumber lisan kononnya pernah melihat makhluk tersebut yang tinggi dan besar serta berbulu lebat seperti "Bigfoot" tetapi bukti nyata masih tinggal misteri.
p/s : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads