Sabtu, 9 November 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Keluarga dua atlet basikal terima sumbangan kerajaaan <b>negeri</b> <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2013 07:37 PM PST

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersama keluarga pelumba basikal Terengganu yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bersama keluarga pelumba basikal Terengganu yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu.

Kerajaan negeri Terengganu hari ini menghulurkan sumbangan RM10,000 masing-masing kepada dua keluarga pelumba berbasikal negeri yang maut dalam kemalangan ketika mengikuti sesi latihan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan sumbangan tersebut kepada Syahril Abd Rashid iaitu bapa kepada Allahyarham Muhammad Shafiq Imran, 15 dan Ali @ Awang Sulong, bapa kepada Allahyarham Mohamad Asmu'i, 20.

"Selain sumbangan kerajaan negeri, keluarga mangsa juga akan mendapat insurans dan sumbangan lain tidak lama lagi," katanya pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini.

Allahyarham Muhammad Shafiq Imran (kiri) dan Allahyarham Mohamad Asmu'i maut nahas jalan raya baru-baru ini.

Allahyarham Muhammad Shafiq Imran (kiri) dan Allahyarham Mohamad Asmu'i maut nahas jalan raya baru-baru ini.

Muhammad Shafiq Imran terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika mengikuti latihan skuad berbasikal negeri di jambatan kecil Bukit Guntung, Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di sini, 5 Jun lepas.

Mohamad Asmu'i pula maut semasa menjalani latihan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pulau Serai, Dungun, 2 Oktober lepas.

Ahmad berkata pelatih skuad berbasikal negeri perlu mengambil iktibar daripada kemalangan tersebut dengan mengikuti arahan jurulatih bagi mengelak kejadian seperti itu berulang.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads