ads

Sabtu, 9 November 2013

13 di marang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Lelaki Rentung Dalam Kebakaran <b>Di Marang</b> - MyNewsHub

Posted: 06 Nov 2013 02:27 AM PST


MARANG – Seorang lelaki ditemui rentung dengan keadaan kedua-dua belah kakinya terikat dalam kebakaran di biliknya di Kampung Lubuk
Perah di sini, malam tadi.

Rosli Omar, 41, yang masih bujang ditemui mati dalam keadaan separuh badannya rentung dalam kebakaran kira-kira 11.40 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Nor Khairee Abd Rahman berkata ketika tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati kebakaran di bilik mangsa sudah berjaya dikawal daripada merebak ke seluruh rumah oleh penduduk kampung.

Katanya pihaknya terpaksa memacahkan pintu bilik berkenaan sebelum menemui mangsa di tepi pintu bilik dengan hampir 50 peratus anggota badan terbakar dan kakinya terikat dengan tali.

Nor Khairee berkata pihaknya mengambil masa lima minit bagi memadam kebakaran dan punca kejadian masih disiasat manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Ibu mangsa, Rohani Mohamad, 59, berkata dia tersedar dari tidur setelah mendengar bunyi letupan dan terlihat api dari tingkap bilik anak lelakinya itu, yang merupakan anak kedua daripada enam beradik.

"Mak cik tidak dengar pun suara anak meminta tolong, selepas keluar rumah mak cik nampak orang kampung cuba padam api dari biliknya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya sebelum kejadian itu anaknya itu yang tidak bekerja sempat solat Isyak berjemaah dengan bapanya Omar Hassan, 67, sebelum turun ke biliknya yang terletak di bahagian belakang rumah.

"Mak cik belum melihat jenazahnya dan mak cik hanya tahu kedua-dua kakinya terikat daripada pihak bomba dan penduduk kampung," katanya. – BERNAMA

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Maranghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/fire.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/fire-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

MARANG - Seorang lelaki ditemui rentung dengan keadaan kedua-dua belah kakinya terikat dalam kebakaran di biliknya di Kampung Lubuk Perah di sini, malam tadi. Rosli Omar, 41, yang masih bujang ditemui mati dalam keadaan separuh badannya rentung dalam kebakaran kira-kira 11.40 malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Nor Khairee...

MARANG - Seorang lelaki ditemui rentung dengan keadaan kedua-dua belah kakinya terikat dalam kebakaran di biliknya di Kampung Lubuk Perah di sini, malam tadi. Rosli Omar, 41, yang masih bujang ditemui mati dalam keadaan separuh badannya rentung dalam kebakaran kira-kira 11.40 malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Nor Khairee Abd Rahman berkata ketika tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati kebakaran di bilik mangsa sudah berjaya dikawal daripada merebak ke seluruh rumah oleh penduduk kampung. Katanya pihaknya terpaksa memacahkan pintu bilik berkenaan sebelum menemui mangsa di tepi pintu bilik dengan hampir 50 peratus anggota badan terbakar dan kakinya terikat dengan tali. Nor Khairee berkata pihaknya mengambil masa lima minit bagi memadam kebakaran dan punca kejadian masih disiasat manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Ibu mangsa, Rohani Mohamad, 59, berkata dia tersedar dari tidur setelah mendengar bunyi letupan dan terlihat api dari tingkap bilik anak lelakinya itu, yang merupakan anak kedua daripada enam beradik. "Mak cik tidak dengar pun suara anak meminta tolong, selepas keluar rumah mak cik nampak orang kampung cuba padam api dari biliknya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya sebelum kejadian itu anaknya itu yang tidak bekerja sempat solat Isyak berjemaah dengan bapanya Omar Hassan, 67, sebelum turun ke biliknya yang terletak di bahagian belakang rumah. "Mak cik belum melihat jenazahnya dan mak cik hanya tahu kedua-dua kakinya terikat daripada pihak bomba dan penduduk kampung," katanya. - BERNAMA

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved