Sabtu, 9 November 2013

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


yjm community 2013 : srjk (cina) <b>chukai</b>, kemaman - Zulheimy Ma&#39;amor

Posted: 02 Nov 2013 04:57 AM PDT

LOKASI: SRJK (CINA) CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU
TARIKH: 26 OKTOBER 2013


Yayasan Jantung Malaysia kali ini bekerjasama dengan Lions Club of Chukai, Kemaman menganjurkan Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di SRJK (Cina) Chukai, Kemaman pada 26 Oktobr 2013. 
Program yang berlansung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 111 orang penduduk berdekatan. 



















Kemaman adalah merupakan salah satu pintu gerbang masuk ke Terengganu yang bersempadan dengan Pahang dan Dungun disebelah utara. Pusat Daerah Kemaman ialah Chukai. 
Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai Daerah Kemaman telah muncul sebagai salah sebuah daerah yang maju di negeri Terengganu terutama dengan munculnya pelbagai jenis industri terutama yang berkaitan dengan industri petro kimia.
Di daerah Kemaman juga terdapat sebuat pusat pendidikan tinggi yang bertaraf lima bintang, iaitu Kolej Universiti TATI (TATiUC) di Teluk Kalung yang menawarkan kursus-kursus teknikal dan kemahiran khususnya kepada penuntut dari seluruh negara.
Kemaman pernah disebut dalam peta dunia oleh sejarawan Mesir bernama Ptolemy.
Untuk ke Kemaman kami melalui Lebuhraya Pantai Timur yang merupakan jaringan lebuhraya yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sambungan kepada lebuhraya Karak yang bermula dari Karak hingga ke Kuala Terengganu, melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Temelong dan tamat di Chendering berdekatan dengan Kuala Terengganu. 
Berhenti untuk makan tengahari di Hentiah Rehat Temerloh..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads