13 di pulau kapas - Google Blog Search |
:: Let Me Talk ::: <b>Pulau Kapas</b>: Hari Pertama Posted: 02 May 2013 06:44 AM PDT Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Bukit Apek aku dah redah, Sekarang, Pulau Kapas lak aku singgah. Kepada adik-adik yang nak ambil exam, sila jangan selitkan pantun di atas dalam karangan anda, ye. Edisi cuti-cuti Malaysia kali ini bertempat di Pulau Kapas, Terengganu. Trip kali ini sebenarnya dah dirancang awal cuma aku je yang tak confirm nak join atau tak. Actually, pulau-pulau ni bukan style aku coz aku bukanlah spesis yang suka berjalan-jalan di persisiran pantai, menghirup udara segar sambil ditemani oleh deruan ombak yang...yang...yang...ok fine, sampai situ je aku tau. Yang lain sambung sendiri! Trip kali ini juga dikatakan hanya untuk relaxing dan memang dorang tak buat banyak outdoors. Huh, lagi la aku malas nak pergi. Tapi disebabkan member-member ramai yang pergi, so ikutkan juga la. Selamat 360 aku.... Dari awal memang aku tak ambil tahu-menahu pasal trip ni. Cik Zurina la yang bertanggungjawab settlekan semua. Dari confirmkan nama, dulukan deposit, confirmkan saiz baju, sent me the t-shirt straight to my hand bila dah siap dan forward message regarding the trip. Manakala cik Nadia yang bersungguh suruh aku apply cuti. Siap suggest berapa hari yang aku perlu apply lagi. Huh, dahsyat sungguh kemalasan berfikir aku! Anyway, thanks Zu! Thanks Nad! 26 April kira-kira jam 12.30 pagi, selamatlah kami bergerak dari PPUKM menuju ke Terengganu. Tiada apa yang mampu dibuat pada waktu-waktu begini di atas bas, melainkan tidur! :: 2.45 pagi di R&R Temerloh- semua muka baru bangun tidur! :: :: Kalau ku tahu breakfast ni termasuk dalam pakej, sudah ku order dua pinggan nasi lemak lauk ayam. Cess! :: Safely arrive at Jeti Marang, Terengganu. Yeay! :: Budak comel. "Tak nak! Tak nak!" :: :: Same boat same destination, Pulau Kapas! :: 10 minit kemudian......... Pulau Kapassss, here we comeeeeeeee!!!! :: Mak Cik Gemuk Beach Resort :: Sampai kat resort terus diserbu dengan soalan cepumas; "Eh, korang ni semua orang PAS ke????" Amboi, pandai pak cik mak cik abang kakak ni bergurau! :: Unfortunately 100 plus was not included in 360 package! :( :: Aktiviti-aktiviti bebas di petang hari. :: Swimming. Erk, or should I say, just berendam!:p :: :: Feeling ombak rindu di celah batu :: Now, let me present Jalan-jalan Pulau Kapas with models from ED, ex-ED and yang tak ada kena-mengena dengan ED! :: Berjalan di persisiran pantai :: :: Nak trekking konon. Dusta semata! :: :: Buaian dengan 1001 misteri. Roll over without any spinal injury, huh?! :: :: F I R D A U S A H M A D :: Nama pun trip for relaxing. So after dinner memang tak ada aktiviti khusus. Semua buat aktiviti masing-masing. Bosan! :: Terukir di pasir, lagi. :: :: Sempat lagi main teng teng! :: Akhirnya first night hari tu berakhir dengan lena yang sangat panjang. Orang lain dah habis breakfast, kau baru nak tunjuk muka, kan Sarah?!! |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan