Rabu, 5 Jun 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Lampu padam <b>di</b> DUN <b>Kuala Berang</b>...laporan polis ini <b>...</b>

Posted: 25 May 2013 07:30 PM PDT

HANNA RAZ: Hari-hari <b>di Kuala Berang</b> 7

Posted: 25 Apr 2013 10:56 AM PDT


Minggu 4 (minggu akhir praktikum Fasa 1/2012), 8 – 12 April 2012 : Rutin kehidupan masih diteruskan di sini. Tiada tempat lain untuk kami berteduh, lebih-lebih lagi hanya tinggal 5 hari untuk habiskan praktikum. Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah ..
Cumanya, dalam tempoh ini, kami akhirnya menemui sebuah kedai runcit dan paling penting, kedai makan dalam kawasan perumahan ini. Gembira bukan kepalang rasanya. Duhai perut .. lepas ni tuan kau ini takkan biarkan kau 'terseksa' lagi! Yes,yes! Huhu..
Isnin, 9 April 2012 : Hari yang agak kelam-kabut. Dari awal pagi lagi hati kecilku rasa tak tenteram. Segala benda jadi tak kena. Pah? Entahlah .. lupa nak tanya.
Jarum jam di tangan menghampiri angka 7. Malam sudah mula menghadirkan diri, menggantikan siang yang kian beransur. Detak jantung tidak teratur. TUHANku! Apakah telah KAU rencanakan sesuatu buatku? Andainya tersurat sebarang kejadian bakal menimpa diri ini, kupohonkan perlindungan daripadaMU, ya TUHAN Pemilik kerajaan langit dan bumi. Bantulah hambaMU yang lemah ini, ya RABB ..
Aku dan Pah bersama-sama bersila di ruang tamu. Gelap malam kian memekat. Bunyi-bunyian mula merancak. Cengkerik, unggas dan bunyi pelik sang burung yang seumpama hilaian .. semuanya seakan bertanding. Bunyi-bunyi lain turut berlagu.
Sayup laungan azan berkumandang. Paluan jantung kian menderu. Aku gagahkan diri, langkahkan kaki ke bilik air. Berwuduk. Sejadah dan telekung dibawa ke ruang tamu.
"Aku .. solat kat luar, ea?" Perlahan aku bertanya. Sambil sejadah yang berisi telekung aku jatuhkan ke lantai.
"Aah .. solatlah. Aku pun duk luar sekali."
Muka aku, muka Pah .. kedua-duanya beku tanpa segarit senyum. Ada kerut halus. Nampaknya, kami berkongsi rasa.
"Tak sedap hati?" Soalku pada Pah. Wajahnya tidak kupandang. Hanya tangan laju mengikat telekung. Mata pula menekur lantai.
Kata-kata meningkah rasa? Barangkali .. Dan rasanya itu yang terbaik buat kami. Perempuan .. berdua .. di sebuah rumah batu .. jauh daripada jiran-jiran .. terasing ..
Aku dirikan solat Maghrib. Hiba menjentik hati. Jauh daripada manusia yang lain tak apa, tapi jauh daripadaMU, nauzubillah..
Aku kesat pipi yang basah.
"Mungkin kita patut mintak tolong dengan diorang." Aku usulkan seusai berdoa.
"Sapa?" Pah membalas.
"Rosa .. and the gang." Hanya nama-nama itu melintas di fikiran. Tak pernah melepak sekali, tapi di saat-saat begini, hanya itu yang sempat otak proseskan.
"Tapi handset aku tengah charge." Rasanya itu tanda setuju.
Pah akur. Nombor Rosa dicari. Mesej ditaip.
Keluar ke? Tolong tengokkan rumah kitorang, bleh? Rasa macam ada orang kat luar..
Kami sabar menanti. Berharap ..
Mujur aja aku pernah contact Rosa sebelum ni, sebab tu ada nombornya. Kalau tidak, maunya kebuntuan pikirkan keadaan ni.
Bunyi mesej menarik perhatian. Pah capai dan mula mengoperasikannya.
"Dia tak tahu rumah kita kat mana."
"Katakan .. Faiz tahu."
Faiz tahu sebab dia pernah tolong hantarkan aku, dan jiran yang berkembar rumah dengan aku ni balik. Masa tu, Pah naik motor. Kami pergi melawat kakak kepada jiranku ini. Kakaknya, Kak Wa (bukan nama sebenar. Ceh .. macam Mastika pulak!), orang tengah yang uruskan pasal rumah sewa aku ni. Faiz praktikum di sekolah anak Kak Wa. Secara tak langsung, hubungan mereka sekeluarga jadi agak rapat dengan lelaki itu.
"Contact Faiz sendiri je lah." Akhirnya ..
"Aku tak de nombor Faiz."
"Mintak dengan Rosa, lah." Aku bersuara semula.
Mesej masuk. Nombor Faiz disimpan. Mesej ditaip ..
Kat luar ke? Tolong tengokkan rumah kitorang, bleh?
Dalam pukul 10 nanti keluar. Nanti sambil2 tu aku tlg tengokkan
"Alhamdulillah .." Aku dan Pah masing-masing sudah melakar senyum. Rasa bagai terangkat batu besar yang menghempap kepala.
Tiba-tiba, silau cahaya lampu kenderaan menerobosi celahan pintu dan tingkap rumah. Aku dan Pah menelan liur.
Cepatnya! Kata tadi pukul 10.
Hati yang tadinya beransur tenang kembali bergendang. Lagi memecut rentaknya bilamana kenderaan itu kedengarannya seperti berhenti di hadapan rumah kami.
Masing-masing membulat mata. What to do?!
Nak mengintai kuk tingkap, aku dah tak berani. Kalau dibuatnya penjahat yang datang, nampak ada orang mengendap kuk tingkap, maunya buta mata kalau dipecahkannya tingkap tu. Eeii .. tak sanggup!
"Call Kak Wa!" Akhirnya, aku memutuskan.
Nafas disedut rakus menantikan talian bersambut.
Sesaat, dua saat .. suara Kak Wa menerjah pendengaran.
"Kak Wa kata tu majikan jiran kita. Malam ni diorang ada perbincangan sikit. Jiran kita tak sampai lagi, jadi bos dia tunggu la depan rumah kita yang cerah lagi terang bercahaya kalimantan ni."
"Owhh .." Hanya itu je yang mampu disambung.
Tunggu Isyak .. solat, dan buat RPH. Esok ada observe. Last untuk praktikum ni. Yippe!
Minda dan jiwa terasa tenang. Syukur, syukur ..
Bunyi beberapa buah kenderaan tiba. Aku sudah senyum sampai ke telinga. Seronoknya la hai .. ramai orang, tak adalah aku dalam rumah ni mati akal sebab seriau. Pintu rumah dibuka lapang, selapang hati ini. Haha ..
"Jom, keliling rumah. Tengok ada kesan ceroboh tak sekitar rumah kita ni. Eloklah time encik polis tu ada." Bersemangat aku mengajak Pah. Encik polis ialah suami kepada majikan jiran aku. Title polis, sinonim sebagai penyelamat. Tapi .. ada kaitan ke dengan kes aku ni?haha.. 
Bersungguh-sungguh kami memeriksa, lagak engineer check tapak projek pulak. Kesan pijakan rumput, kesan tapak kasut, sebarang peralihan tempat duduk sebarang alatan .. Tak ada apa-apa tanda yang mencurigakan. Lega ..
"Bila jadi macam ni, teringat kat Mior. Kalau dia ada, mesti dia dah datang dengan kayu, kan?" Terkeluar soalan out of topic pada Pah.
"Ha'ah. Macam kat sana, sekeliling rumah dia check." Pah menyambut.
Terkenang rumah sewa di Batu Rakit. Nasiblah Mior berjiran dengan kami. Asal ada bunyi pelik-pelik di luar rumah, laju aje mesej dihantar. Laju jugaklah Mior, Wan, Kimi dan Mad Min memeriksa.
Thanks, jiran-jiranku sekalian! We owe u all a lot!  
"Call dia, lah." Girang bercampur sayu bersatu.
Bercakap sebentar, tapi berjela-jela pesanan yang aku dapat. Pastikan ada senjata. Pisau pemotong kertas .. diterima tak? Seelok-eloknya sebatang kayu, sama ada kayu hoki atau besbol .. batang penyapu adalah. Tutup semua lubang dengan plastesin .. erk! Sebab? Takut orang mengintai. Jangan tak tahu, surat khabar pernah ketengahkan isu "pengintai". Kalau tertangkap, hukuman paling maksima ialah penjara selama 3 hari. Panas jugak bila baca. Nasib baik ada kipas. Haha .. okey, tak lucu pun!
Selesai bercakap, kami masuk semula ke dalam rumah. Grill dikunci. Sekejap lagi masuklah waktu Isyak. Dan aku akan terus bersolat. Lepas tu, laksanakan tugas. Kemudian .. BSPP, dan .. tido. Huhu..
Tiba-tiba, terdengar pekikan dari rumah sebelah. Aku yang mendengar .. err .. serius sangat ke isu yang diorang bincangkan tu?
Aku dan Pah berpandangan. Masing-masing memanjang rengkung, menelan liur. Pekikan-pekikan itu kami amati. Cuba mengecam pemilik suara.
Salah seorang daripada anak Kak Wa keluar. Bersandar pada pagar yang memisahkan halaman rumah sewaku dengan rumah kembar di sebelah.
"Ngah." Pah memanggil.
"Kenapa tu?" Soal Pah lagi.
"Entah." Ringkas aja dijawabnya.
Sekejapan, keluar pula Encik Polis. Anak tunggal yang baru 2 (ke 3?) tahun didukungnya. Melihat kami yang terkebil-kebil memerhati dari depan grill, dipesongkan kakinya yang tadinya menuju ke arah kereta. Selamba, dilabuhkan duduk di satu kerusi plastik kuning betul-betul di sebelah kanan muka pintu rumahku.
Kak Nis (bukan nama sebenar) yang tinggal bersama Da (bukan nama sebenar) berlari-lari anak ke luar. Aku pula masih terkelip-kelip memandang dari sini.
"Pah, Na! Tolong! Tolong pegangkan Da!"
Aku terkial-kial membukakan grill. Langkahkan kaki ke luar. Tunggu Pah keluar, kemudian kuncikan semula grill dengan pintu yang terbuka luas.
"Tiup-tiup, baca-baca sekali." Sempat pulak encik polis ni berpesan.
Aku sengih aje. Sindir ke apa? Tahu la aku pakai telekung, tapi tak perlulah sampai macam tu sekali pesannya. Nak tukar dulu, kang lambat pulak.
Kelihatan 2 orang lelaki sedang memegang Da. Menghalang dia bertindak agresif barangkali. Kami masuk aje, lelaki-lelaki itu memberi ruang, sekaligus melepaskan pegangan. Membulat mataku. Hadoih! Takkan kami 2 orang perempuan ini aja mau disuruh pegangnya ini non yang tidak kesedaran??
"Tolong sekali, ea. Takut tak kuat pulak." Wahh! Selamba badak aku cakap pada lelaki-lelaki yang tidak pernah aku tengok dan tidak pernah aku tahu kewujudannya itu. Diorang terangguk-angguk. Sekali lagi .. Waahh! Dengar pulak cakap aku! Bangga, bangga .. hahha .. sempat lagi!
 Kali ke-3 memegang orang yang tidak sedarkan diri. Aku pegang bahagian bahu. Menahan tubuhnya daripada bangkit dengan memberikan berat pada kedua-dua belah lengan.
"Dari rumah awak la, ni." Suara kuat Kak Yus buat aku berpaling. Serta-merta naik darahku dibuatnya. Hamboih! Sedap sungguh mulut dia mengata rumah sewa aku!
"Kacau awak tak jalan, kacau jiran pulak."
Eeii .. geramnya! Cakap macam orang tak ada agama! Mentang-mentanglah dia tahu kes terkunci dalam tandas dengan mimpi mengarut dan gangguan tu, sesuka hati je tuduh rumah aku macam tu!
Aku lari balik kang, kau yang susah!  
Nak menjawab, tapi malas bertekak. Alih-alih, aku biarkan je. Biarlah dia dengan tohmahan dia, biarpun langsung tak logik dek akal!
"Na .. reti tak? Baca-baca, tiup?" Kak Yus bertanya. Inilah dia majikan Da, merangkap isteri Encik Polis.
Aku mati idea. Bukannya aku reti.
"Ayat Kursi,lah." Itu aje yang aku tahu nak jawabnya.
"Baca-bacalah. Tiup."
Sekali lagi, aku telan liur. Ini sorang lagi. Sama macam suami dia. Adakah kerana aku memakai telekung?
Kak, ni bukan bidang saya!
Mau aje aku jeritkan macam hati aku sedang jerit ni.
Rakaman bacaan Ruqyah daripada telefon Kak Yus dibuka di sebelah telinga Da.
"Seelok-eloknya, yang live. Kita sendiri yang baca. Baru jadik." Aku ajukan pada Kak Yus. Haa .. itu ilmu yang aku dapat daripada tok guruku.
"Ustaz kata jadi jugak yang macam ni pun." Balasnya. Herm .. sudahlah kalau orang tak nak dengar cakap kita!
Aku gatal nak menge'test'. Sekali lagi, perlakuan tak cerdik aku lakukan. Aku bagi salam pada orang yang tak sedarkan diri. Suaranya menderam membalas ucapan sejahtera yang aku hulurkan. Dan di luar kawalan, suaraku turut meninggi dan menderam mengucapkan salam sekali lagi.
Aku beristighfar. Tak boleh! Aku tak boleh! Aku tak ada ilmu tentang ni semua!
Sudahnya, aku palingkan muka ke sebelah kiri. Biarlah muka kami saling menghadap pun, asalkan mata kami tidak bertentangan.
Rasanya sudah sejam aku memegang, dalam posisi seperti tadi. Ya, TUHAN! Sakit bangat pinggangku!
"Tak panggil ustaz ke?" Nasiblah Kak Yus lalu depan mata, terus kena soal.
"Ustaz tak ada, pergi KL."
"Ustaz dekat-dekat sini?" Soalan kedua daripadaku. Nada menaik.
Buntang bijik mata. Apa ni?!
Aku tengok Kak Yus bercakap dengan Kak Wa.
"Tak ada ustaz dekat-dekat sini. Rasanya. Entahlah. Tu .. diorang tengah cari Tok Bomoh." Satu jawapan yang lengkap.
Hati beristighfar. Aku tak tahu macam mana hidup manusia di sini, tanpa seorang ketua. Ketua agama pulak tu! Masya'ALLAH!
Tok bomoh pun tok bomohlah! Pinggang dah macam nak patah dah ni!
Telingaku bingit dengar jeritan yang sangat hampir dengan telingaku ini. Dari tadi, tak sudah-sudah dia bertempik. Aku naik geram. Dengan niat untuk hentikan tempikannya, aku tarik tuala yang diletakkan di leher Da naik ke mulut. Sebelah tangan memekup mulut itu. Mula-mula Da menggelengkan kepala, cuba menjatuhkannya. Tapi nyata tak berjaya. Lama kelamaan, tempikannya makin perlahan. Agaknya dia sedar pitching suaranya banyak diserap oleh kain tuala. Dia terus begitu, cuma usaha bertempik dikurangkan.
Kak Nis datang membantu. Aku buka sedikit ruang untuk dia di sebelah kanan. Serentak, pegangan terlepas menyebabkan kain tuala tadi terjatuh. Da galak bertempik semula. Kak Nis nampak kalut. Lelaki yang masih setia memegang Da cepat-cepat menarik semula tuala itu. Mula-mula, Kak Nis menghalang.
"Nantikan lemas pulak." Katanya.
Da bertempik bingit. Kak Nis cuak.
"Perlu ke letak tuala ni?" Matanya mengarah padaku.
Dengan muka selamba tanpa sebarang rasa bersalah, aku menjawab, "Perlu, untuk kurangkan dia bertempik."
Dan kedua-duanya, Kak Nis dan lelaki itu (baru aku tahu yang itu adalah tunang Kak Nis) pula menekup mulut Da. Aku tersenyum kecil. Ajaran sesat di saat genting! Jahat sungguh aku ni! Kak Nis longgarkan tangan dia bila Da kelihatan tercungap-cungap menyedut udara.
Rosa, Syafiq, Kundur, Faiz dan Bedu tiba. Aku mula rasa lapang dada. Aku ada dengar Kak Wa mintak Pah call diorang tadi. Masa tu, aku dengan sorang lelaki tadi je yang pegang Da. Da merayu-rayu kat kami suruh lepaskan dia. Kami buat tak reti je.
"Faiz, tolong Faiz!" Kejong muka Faiz tatkala kakinya menapak masuk je rumah ni. Semua mata memandang silih berganti antara Faiz dengan Da. Pelik mungkin dengan situasi yang memang memelikkan itu. Dan aku sempat tengok .. di luar rumah, orang kampung sudah memenuhi halaman. Laki-laki semuanya. Tapi kenapa tak ada sorang pun masuk, gantikan tempat aku yang hampir tersembam muka pegang pesakit ni nih?! Hangin betullah..!
Mereka membaca surah Yaasin. Bagus, kawan-kawan! Harapkan orang kat luar, hurm ..
Da masih begitu. Tak lama kemudian, Tok bomoh tiba. Aku masih tetap kena pegang Da, dibantu Rosa, Kundur dan Bedu. Sesi rawatan bermula. Aku melihat satu persatu saat lada hitam dilumurkan di muka dan kaki, sehinggalah Da dilepaskan berlari ke luar rumah dan pengsan di atas jalan, kemudian diusung masuk semula.
Semasa sesi rawatan, Kundur dikejutkan dengan cengkaman tiba-tiba Da pada tangannya. Mau tak terpana lelaki itu dengan tindakan si pesakit. Tapi dia hanya tersengih.
Selepas diusung masuk, Da sedar semula. Habis semua orang diminta balik. Katanya, dia dah sembuh. Tapi .. aku tahu dia belum "sedar".
Tatkala orang ramai mula melangkah pulang, seorang lelaki tua berkepala licin dengan kemeja lusuh dan kain pelikat senteng masih teguh berdiri dengan tongkatnya di hujung sudut. Pesakit diperhatikannya dengan muka berkerut. Tadi, dia hanya bersuara perlahan. Itupun sekadar bertanya serba-sedikit tentang tempat yang telah dijejaki pesakit petang tadi. Aku tak tahu dari mana dia datang, sebab aku tak kenal betul-betul orang-orang sini. Ralit juga aku tengok dia. Tapi .. tak tergerak hati untuk menegur walau sepatah. Biarlah .. aku sendiri pun sudah letih. Dengan peluh lenjun lagi ni. Haila ..!
Selepas berbasa-basi seketika, aku dan Pah turut membuka langkah. Jejaka berlima itu sempat berborak dengan Pah, mengorek kisah-kisah sensasi yang terlah terjadi selama 3 minggu. Mungkin hanya itu kesempatan yang ada untuk mereka mendengar.
12.01 tengah malam! Solat, buka buku rekod. Belum sempat pikir apa-apa, pekikan bergema lagi. Adus ..! Aku dan Pah termenung. Macam mana nak berfikir kalau begini?
Aku mesej Kak Nis, bertanya perlukan bantuan kami atau tidak. Kak Nis kata tak apa, boleh ditangani. Ada ustaz baru sampai. Kak Nis ada cakap dari mana, tapi aku tak ingat.
Aku dan Pah sama-sama berjuang .. memulakan kerja pada awal pagi yang sangat meletihkan. Hampir pukul 4 pagi baru semuanya siap. Itupun satu RPH je. Padahal esok aku ada 2 kelas. Huh ... tak apalah, tentu puan faham! Cheh .. ayat bela diri!
Tidur! Aku perlukan tidur, biar hanya seketika! Kalau tak, mau jalan langgar masuk longkang esok dibuatnya!
Di depan buku rekod, di atas lantai .. aku memejamkan mata. Jumpa kau beberapa ketika nanti, dunia!
Hari-hari di Kuala Berang 7. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads