Selasa, 18 Jun 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Next: Dua penagih ugut keluarga sendiri - The <b>Kuala</b> Lumpur Post <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2013 12:44 AM PDT

parangBESUT – Dua penagih tergamak mengugut ibu bapa sendiri dengan parang bagi memenuhi desakan mendapatkan wang untuk membeli dadah dalam dua kejadian berasingan di Kuala Besut dan Tembila di sini.

Salah satu kes membabitkan seorang ibu yang nyaris maut apabila mendakwa anak lelakinya berusia 27 tahun melibas parang ke arahnya dan kakak suspek di rumah mereka di Kampung Tembila Hilir di sini, jam 8 pagi, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 68 tahun diugut anak lelakinya yang berang kerana tidak memenuhi permintaan membeli pil kuda.

Bagaimanapun katanya, hayunan parang oleh suspek tidak mengenai kedua-dua mangsa.

"Suspek juga didakwa sering memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya.

"Bimbang keselamatan dirinya dan tidak tahan dengan tindakan suspek menyebabkan warga emas terbabit  tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja sejurus selepas kejadian," katanya.

Noor Zainy berkata, suspek berjaya diberkas di Kampung Seri Medang sehari selepas kejadian dan polis turut merampas sebilah panjang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, dalam kes berasingan minggu lalu, seorang lelaki ditahan jam 10.40 pagi Jumaat lalu di tepi jalan Kampung Seberang Kastam di sini, kerana disyaki mengamuk dengan membawa sebilah parang kerana tidak dapat wang untuk membeli dadah di sebuah rumah di Kampung Tengah Kuala Besut.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, suspek bertindak membawa sebilah parang, membaling batu dan memecahkan pinggan mangkuk di dalam rumah kerana marah tidak diberi wang oleh keluarga, dipercayai untuk mebeli dadah.

"Suspek juga didakwa cuba menyerang bapa tirinya yang berusia 58 tahun  dan ahli keluarga yang lain namun mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Noorzainy berkata, saringan air kencing mendapati kedua-dua mangsa positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads